Ahad, 3 Januari 2010

Foto Pertunangan

Serebram aku tumpul malam ini untuk menulis walaupun sebenarnya ada 2-3 bahan di dalam kepala. Hari ini memang entah kenapa aku malas betul.

Aku tiba-tiba teringat foto Angah yang baru diemelkan oleh adikku Mamat semalam. Aku paparkan sebahagiannya di sini untuk tatapan kalian.


Angah dengan hantaran 13 dulang ( 3 dulang tiada dalam gambar ). Kata orang tua, lelaki kena hantar jumlah dulang dalam ganjil. Pihak perempuan akan balas jumlah dulang dalam genap. Entahlah... aku ikut aje. janji beres!














Tunang Angah - Rohayu tanpa cermin mata.


















Ibu_suri sarungkan cincin ke jari manis Ayu sambil diperhatikan oleh kakaknya yang menjadi orang tengah pihak lelaki dalam majlis peminangan ini.
















Memohon restu ibu mertua.

" Hai...Pandai-pandailah kau sesuaikan diri di dalam keluarga kami kelak, ya Ayu! "

Nanti, kau jagalah pulak ibu_suri tu ya! Ayah dah 'letih' dah.... "












Mohon restu dari Opah pula. Opah duduk di luar rumah je sebab opah lebih selesa hirup angin luar di atas kerusi roda.
















Along memerhatikan Angah yang sedang membuka hantaran balas dari pihak perempuan.

Kata adikku Niza, mengusik, " Banyak harta rampasan perang kamu, ya Angah! ".

" Along punya bahagian tak de ke? Dah kira langkah bendul ni. Takkan tak da apa-apa sagu hati penawar duka lara... "









Alhamdulillah, secara keseluruhannya agenda berlansung seperti yang dijadualkan. ada pun sesikit titik bengik tu biasalah.

Doakan muga pertunangan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin

3 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Tahniah Insan Marhein nak dapat menentu. mau DJ bagitau la. Janji beres

kakcik berkata...

Bukan sekadar ke jinjang pelamin, malah sehingga ke akhir hayat. Perbalahan yang sedikit2 tu semuanya asam garam yang perlu dianggap sebagai perencah. Tanpanya tiada seri sebuah perkongsian. :)

Syahazli berkata...

Tahniah IM, nak dapat menantu dah pun.....cepat masa berlalu.