Isnin, 30 Ogos 2010

Balik Kampung

Aku balik kampung Sabtu lalu. Puas hati kerana sempat singgah rumah Mak Nyah; kakak kepada abah. Itupun bila mak beria-ia pesan suruh singgah. Bila mak pesan begitu aku faham sangat. Mesti singgah kalau tidak mahu rasa terkilan di belakang hari.

Berbuka puasa dengan mak menyeronokkan. Mak cukup positif orangnya. Walaupun dia terpaksa mengisut ke bilik air dan ke katil, wajahnya tetap tenang.

Ok pula ibu_suri kali ini. Sikit-sikit ok ... ek.. tu biasalah! Banyak mengadu pada mak tentang keadaannya dan mak pula banyak memberi nasihat. Mak diserang angin ahmar hingga lumpuh bahagian kiri badan sementara ibu_suri pula ahmar di bahagian saraf otak. Hmmm...

Aku kemas dapur mak yang berselerak dengan pinggan mangkuk dan kain tak bercuci. Aku gantikan tungku dapur mak yang dah reput dimakan api. Belikan sesangkar telur ayam. Juga gantikan sabun basuh pinggan dan sepan.

Jam 4.30 pagi aku bangun untuk sediakan juadah sahur. Kebanyakkannya adikku Duyah sudah masakkan siang tadi. Ada satu dua mata aku beli dari kedai. Lainnya, aku cuma perangat dan modify sikit-sikit jer...

Aku pesan pada adikku supaya potong rumput depan rumah mak yang nampaknya sudah mula panjang. Habis kaki seluar aku kena kemuncup tatkala menjemur pakaian.

Pendekata, aku puas dengan ziarahku kali ini. Tambah pula Angah yang memandu kereta sementara aku jadi bos di belakang. Sesekali, best juga...

Sebelum balik aku peluk cium mak dan beri sedikit RM. Sikit je....

Juga tak lupa kepada Duyah, satu-satunya adik perempuan aku yang sanggup mengorbankan kerjanya semata-mata untuk menjaga mak sepenuh masa walaupun ekonomi keluarganya sendiri agak goyah. Pengorbanan yang aku sendiri tidak sanggup lakukan walaupun aku abangnya yang paling tua.

Muga-muga Allah beri ganjaran yang sebaik-baik kepada Duyah, adikku yang pendiam ini...

Ameen!

Rabu, 25 Ogos 2010

berapa banyak eh, da....

Photobucket - perjalanan hidup yang tidak henti-henti....

eh,
kenapa kali ini aku susah hendak menulis?
tiada idea
tiada bahasa.

eh,
kenapa hari ini aku terasa letih?
bukan kerana puasa
bukan kerana kerja.

eh,
kenapa masa terlalu cepat berlalu?
belum dapat buat apa-apa
sudah hampir habis seminggu.

eh,
kenapa hati tidak tenteram?
sejak balik dari Sekolah Menengah Sungai Nibong tadi
apakah aku telah menyinggung perasaan guru-guru Pendidikan Khas
yang pernah mendidik Akmal 2 tahun yang lalu?

eh,
kenapa banyak sangat eh?
kan Tuhan tidak suka
dengan orang yang terlampau banyak ber - eh..eh...

eh,
aku rindu kat mak!

weh,
nasi untuk sahur belum lagi ditanak...

Selasa, 24 Ogos 2010

Selagi Bergelar HambaNya!

Kehidupan ini benar-benar menagih kecekalan, tenang dan pasrah yang bukan calang-calang. Huu... tak sangka begini rupanya suratan hidupku di penghujung nafas ini. Segala tunjukajar yang aku terima dari mak, abah dan liku-liku pengalaman rupanya amat berguna dan telah berjaya membentuk aku menjadi insan seperti hari ini. Berjaya mempertahankan aku dari tersembam atau terpesong dari arah destinasi.


..... hartaku di dunia dan muga di akhirat jua....


Pagi tadi semasa di ofis, output kerjaku hampir 0 di waktu pagi. Apa saja yang aku buat serba tak kena seperti berada di atas awangan. Tersilap rekod, tidak tahu hendak mula dari mana. Fikiran aku terganggu dengan ilusi masa depan Akhmar. Masih terganggu dengan geraf prestasi kesihatan ibu_suri. Masih terkapai-kapai dengan wawasan persiapan walimatul urus Angah. Semuanya menerjah benak dan fikiranku, kiri kanan. Dan aku terasa kesaorang bergelut dengan semua ini.

Aku bangun lewat sahur tadi pagi. Terasa berat mengekang badan dari perbaringan. Terkocoh-kocoh memasak nasi. Pecahkan telur ke dalam mug dan letakkan ke dalam singki bertujuan hendak mengacau dengan garpu sekejap lagi. Entah bagaimana terlupa, basuh pula piring dan akhirnya air basuhan masuk ke dalam telur.

Aku tepuk dahi yang tak bersalah apa-apa. Sendirian aku mengeluh di dapur dan tertanya-tanya diri sendiri, kenapa hari ini?

Tidak teringat pagi Isnin jalan ke jambatan Pulau Pinang memang kebiasaannya sesak. Kesesakan ini seperti tidak akan habis-habis seperti juga cabaran-cabaran hidup yang mahu tidak mahu aku kena tempuh selama bergelar hambaNya!

Ahad, 22 Ogos 2010

Perpisahan

Aku tiba di STB lewat sejam kerana ibu_suri tiba-tiba muntah di katil selepas sahaja selesai sahur. Jenuh bersihkan katil dan tenangkan dia yang sedikit ngelabah.

Tapi agaknya inilah hikmah, fikirku bila majlis masih belum bermula walaupun dijadualkan jam 9 pagi. STB masih menunggu waris pelatih yang datang. Paling jauh dikatakan dari Jempul, N9.

"Pak cik datang dari KL. Lepas sahur pukul 5 dah bertolak. Naik kancil aje." terang pak cik yang sempat aku berbual dan bertanyakan tentang anaknya di sini. Ada yang datang naik mercedes mata belalang, ada yang berpakaian jubah putin dan ketayap. Ada yang bercakap dengan bahasa yang aku sendiri tidak pasti. Ada yang berbangsa Cina dan berbangsa India. Tapi biasalah... paling ramai bangsa kita, Melayu!

Program dirasmikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Perak, Chong Phaik Kee dan dihadiri oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat juga merangkap ADUN Selama.

Seperti yang aku jangka, ibu_suri tidak boleh bertahan lama di dalam dewan. Dia mula meratus. Serba tak kena. Akhirnya aku suruh dia berehat di dalam kereta yang kebetulan dibenarkan oleh pihak STB untuk diparkir berdekatan dengan dewan. Semua kemudahan ini aku pinta menggunakan segala kemahiran berdiplomasi aku dengan polis yang menjaga pos pintu masuk STB dan kakitangan STB yang baik dan ramah!

Selain ucapan ada persembahan pentas oleh pelatih yang antaranya khatam Quran, nasyid, ikrar dan pertunjukan slaid. Antara lagu yang menyentuh hatiku ialah lagu latar belakang pertunjukan slaid (yang diperdengar sekarang) yang hampir membuatkan aku menitiskan airmata kerana sedikit sebanyak ianya juga mengingatkan masa lampauku ketika Akhmar masih kecil dan selalu membawanya beraktiviti bersama NGOku. Kalau hendak dengar dan muaturun, sila klik di Doa Perpisahan - Brothers.

Memang berbakat pelatih di sini dan sudah pasti staf yang sabar melatih mereka. Kalau tengokkan muka sesorang, kussss... semangat. Aku pun gerun bercampur seram.

Tiba saat penyerahan pelatih kepada waris. Pelatih dan waris akan dipanggil nama; akan bertemu berdua di hadapan audien dan akan menerima watikah penyerahan dari Pengerusi ALP. Bila saja namaku yang munggil ini dipanggil aku berjalan 'mengawal macho' ke hadapan. Aku dakap Akhmar dan menepuk-nepuk belakangnya. Kemudian baru bersalaman dengan (lelaki sahaja) deretan ALP, Pengarah JKM dan staf STB.

Kemudian pelatih seramai 32 orang yang akan dibebaskan beratur di pintu keluar dewan dan akan bersalaman dengan semua pelatih dan staf yang akan keluar dari dewan untuk bersurai. Di masa inilah aku perhatikan hampir semua mereka menangis termasuklah pelatih-pelatih yang menggerun dan menyeramkan itu.

Aku dapat rasakan bahawa sebenarnya pelatih-pelatih ini adalah insan seperti kita juga. Yang mesti ada sedikit rasa hati kemanusian, rasa hati keinsafan, rasa kasih sayang di sebalik wajah nakal mereka. Cumanya mereka ini sedikit tersasar dan rata-rata waris mereka mengatakan ini kerana pengaruh kawan. Lantas hatiku berkata sendirian: kalau semua mereka ini tersasar kerana pengaruh kawan, maka kawan itu terpengaruh oleh siapa?

Hakikatnya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, kan? Kita kecil-kecil dulu pun bukanlah baik-baik sangat!

Aku teringat pesan blogger Jendela Hati semasa memandu balik semula ke rumah membawa pulang Akhmar. Aku singgah di Masjid Padang Ibu, aku mandikan dia dengan air kolah masjid. Mudah-mudahan berkat lebihan air wudhuk yang jatuh semula ke dalam kolah dari mereka-mereka yang soleh itu akan dapat melembutkan hatinya. Kemudian kami bersolat jamaah Zohor dan bersama kami solat sunat Syukur.

Bila melihat Akmar dapat mengambil wudhuk dengan sempurna, mendengar bacaan solat dan boleh membaca ayat Kursi dengan baik, sejuk hatiku.

Barangkali, inilah hikmahnya terhadap keputusan drastikku tidak mahu menjaminnya semasa di mahkamah lalu membiarkan dia di bawa oleh trak polis ke STB 14 bulan lalu!


( Akhmar berbaju Melayu kuning bersampin pelikat sesekali mengesat airmatanya)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Pasrah

Aku udah diberitahu oleh Akhmal beberapa kali sebenarnya lewat ziarahku di STB sebelum ini. Tapi entah kenapa surat semalam benar-benar mengocak ketenanganku yang memang pun cuma tinggal sedikit selama ini.

"Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti, Taiping untuk diberi pembebasan awal berlesen di atas disiplin baik sepanjang mengikuti program pemulihan di institusi ini. Dengan itu......."

Arrghh....

"Apa plan ayah?" Tanya Angah sebaik sahaja diberitahu berita ini.

"Ayah nak dia belajar motor dulu. Senang nanti dia pergi kerja."

"Ada ke duit ayah?"

Diam.

"Kenapa tak bagi dia sekolah lagi?"

"Semuanya terletak pada diri dia sendiri. Kalau dia tidak ulangi perangai lama dan mahu belajar tak ada masalah bagi ayah untuk usahakannya. Dia bukan jenis belajar secara teori. LD (Learning Disability) seperti dia lebih kepada praktikal."

Aku suruh Angah ushar mana-mana kelas memandu. Tanya tengok ada tak kemudahan untuk ujian ambil lesen motor bagi kes seperti Akhmal yang slow dalam pembacaan dan sukar menjawap soalan dengan cepat apatah lagi yang berbelit-belit.

"Ada ayah. Angah dah tanya kedai memandu Melati kat Bukit Tengah. Siap ambil Akhmal dari rumah lagi. Tapi apapun Akhmal kena bawa pergi JPJ dulu. Biar JPJ sahkan. Kena ada dokumen perubatan dan kad kuning tu."

Hah, sedikit lega hatiku. Paling tidak bila dia ada motor tak perlulah lari dari sekatan polis sepertimana yang berlaku dahulu dimana akhirnya membawa dia ke tempat dia sekarang ini.

Sabtu ini aku akan ke STB. Menghadiri majlis pelepasan anakku yang ke3 ini; yang pastinya gembira dan tidak sabar-sabar lagi hendak balik ke rumah. Sebaliknya aku pula yang mula mengira-ngira tambahan tanggungjawap yang perlu aku pikul kali ini. Ah.. Gunung Tahan lagi pernah kudaki. Harap-harap kalau pun Gunung Kinabalu, ianya memudahkan sedikit.

Respon dari ibu_suri...tiada. Aku pun sedikit heran.

Apapun, yang lebih penting ialah senarai apa yang perlu aku perbuat untuk pembaikan Akhmal. Tidak peduli apa pandangan jiran dan kawan-kawan bila mengetahui dia akan balik. Tidak kira samada Akhmal benar-benar akan berubah atau sebaliknya.

Itu, serah saja pada Allah yang Maha Mengetahui. Tak usah ghaflah. Aku pasrah je!

Rabu, 18 Ogos 2010

Hebatnya Iftar

Suasana iftar dari sudut pandangan aku adalah sesuatu yang mengagumkan.

Untuk keluarga yang jarang makan bersama seperti keluarga aku, iftar seolah-olah satu kemestian bagi individu yang sibuk dan selalu makan di luar waktu, akan pulang terus ke rumah untuk iftar bersama anak isteri atau bersama mak dan adik beradik. Berkongsi juadah yang sama malah kekadang tolong menghabiskan lebihan makanan orang lain. Tidakkah ini satu bentuk tautan ukhuwwah yang hebat?

Makan juga pada waktu yang serentak bersama dengan jiran-jiran setempat malah sedaerah. Kalau sebelum ini kita tidak teringat hendak baca doa makan akan tetapi bila iftar teringat untuk baca doa iftar.

Malah seperti bebaru ini, Along sanggup balik dari Batu Caves, Kuala Lumpur semata-mata untuk mahu iftar bersama aku, ibu_suri serta Angah. Selera ibu_suri tampak bertambah malah boleh meratah lauk lagi.

Tidak hairanlah jika malaikat akan mengerbangkan sayapnya pada setiap keluarga dan menaungi mereka yang iftar bersama di dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Tidak ada gaduh-gaduh atau iri pasal makanan, tidak ada marah-marah dari ibu dan ayah. Kemudian disusuli pula dengan solat berjamaah.

Indahnya hidup ini kalau suasana ukhuwwah sebegini kekal disemarakkan!

Isnin, 16 Ogos 2010

Lisanul Hal

Sesekali aku terfikir betapa benarnya istilah lisanul-hal yakni bahasa suasana.

Ada ramai orang bersembahyang 5 waktu di masjid ataupun di rumah tetapi ada lagi ramai orang yang tidak bersembahyang dan berkeliaran dengan urusan sendiri hingga luput waktu. Masjid yang luas seperti membazir kerana tidak di isi oleh ahli ibadah.

Namun tiba-tiba bila hari Jumaat; hari yang mana semua kaum lelaki sepatutnya pergi ke masjid sembahyang Jumaat berjamaah, masjid yang luas menjadi sempit. Tidak kira tua atau kanak-kanak tiba-tiba sahaja teringat dan mempunyai masa untuk singgah di masjid. Akan berlari-lari jika kedengaran azan dilaungkan.

Heran, ya!


Begitu juga dengan puasa. Bila sahaja tiba bulan Ramadhan semua orang sibuk melaksanakan ibadah puasa. Tetapi terfikirkah bahawa yang sibuk berpuasa itu pada hakikatnya sembahyang 5 waktu yang diibaratkan sebagai tiang agama pun diabaikan. Rukun Islam ke-2 jarang sekali diambil berat tiba-tiba melangkau ke Rukun Islam ke-3, berhempas pulas untuk melaksanakannya tanpa ponteng.

Mengapa fenomena ini boleh jadi begini ialah kerana suasana yang terbentuk mendorong manusia secara otomatis tanpa perlu dikerah dengan polis atau FRU untuk melaksanakannya.

Suasana yang pada nama hari atau bulannya sahaja sudah boleh mengubah rutin hidup seharian dari makan kepada tidak makan. Daripada tidak pernah ke masjid kepada mahu ke masjid.

Inilah manusia yang bila sesekali di fikirkan, tidak faham, adanya. Dan kekadang boleh buat kita ketawa sambil geleng kepala...

Ahad, 15 Ogos 2010

Bob

2 hari ini aku relaks sikit dan dapat pergi solat di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq hampir setiap waktu. Along atau kekadang aku terdengar dia membahasakan dirinya Bob (dengan kawan-kawan serumah sebab badan dia besar agaknya!) ada balik dari KL. Jadi dia lah yang memasak.

"Ayah dah jemu makan lauk tunjuk-tunjuk ni. Sat g ayah p market. Along masaklah apa yang patut ya."

Tapi tu dia la, lintang pukang dapur dibuatnya.

"Along ni belum cukup terel la. Memasak tu memang pandai tapi seninya tu tak ada. Ayah kalau memasak, singki tak la penuh sampai macam ni. Tengok, hinggakan tangkai bayam bersepah sekali dengan sudu mangkuk dalam singki ni. Tak pandai 5S la Along ni.."

"Kabinet dapur ni kecik la ayah. Nak potong sayur, nak letak mangkuk pun tak ada ruang."

"Yang tu tanya ibu la..." aku malas nak komen.

Tapi aku bersyukurlah juga dapat anak-anak yang seperti ini. Walaupun bukan sangat pandai dalam pelajaran maupun dalam agama tapi setidak-tidaknya bukanlah ke tahap menjadi sampah masyarakat seperti yang ramai aku lihat dan dengar.

Dan paling aku gembira dengan Along hari ini ialah ilmu yang dipelajarinya di KLMU dapat aku nikmati sepertimana baliknya kali ini membawa...


Jenama Compaq CQ42. Harganya kurang beberapa ringgit dari RM2k. Itu pun katanya semua perisian dia install sendiri guna Windows 7.

So, cita-cita aku nak miliki laptop dah dapat. Tinggal satu lagi yakni nak beli talipon bimbit yang ada kamera cyber shot berfungsi internal zoom. Itu semua bukannya untuk apa. Senang berblogging.

Inilah realiti kini kehidupan aku. Duniaku hanya di rumah, ditempat kerja dan di alam siber...

p/s: aku selalu berdoa muga aku akan kembali ke dunia sebelum ku, dunia bersama masyarakat!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bebuka Puasa

Masuk hari ke-3 Puasa, aku dah mula terasa keletihan. Kepala rasa berdenyut. Mungkin sebab kurang tidur. Habit bangun tidur awal masih dalam penjajaran agaknya. Esok-esok barangkali ok lah...

Balik kerja aku bergelut untuk menyediakan meja hidangan. Mujur Angah tolong belikan juadah di Pasar Ramadhan. Sekurang-kurangnya, bab cari parkir dan lauk apa yang hendak dibeli tidak perlu difikir. Dan ini bagus juga untuk Angah. Biar dia belajar bagaimana ghaflahnya disetiap kali nak fikir lauk pauk yang menepati citarasa semua ahli keluarga untuk sarapan.

Sambil aku makan aku juga perlu pastikan ibu_suri makan. Dulu, kalau beli nasi perlu 2 bungkus. Kini, sebungkus boleh kongsi dengan ibu_suri. Ini bukan romantika punya hal tapi jelas appitite ibu_suri jatuh merudum. Selesai makan, aku perlu basuh pinggan dan juga basuh baju. Kemudian berikan ibu_suri makan ubat.

Usai Maghrib, aku akan mandikan ibu_suri. Selalunya, pakaian aku juga akan turut lenjun dibuatnya. Sudah beberapa kali aku pesan Angah belikan kerusi plastik untuk kegunaan ibu_suri bila mandi. Aku sayang pada kerusi lipat yang ibu_suri guna sekarang sebab kerusi ini aku beli semasa aku masih bujang lagi. Maknanya, kerusi itu mencecah usia lebih 24 tahun dan masih gah. Arrghh...

Aku ambil baju yang tersidai di luar rumah dan sangkutkan terus ke almari yang berkenaan. Angah, seperti biasa 9.30 akan cunggit ke KAMDAR ambil tunangnya balik dari kerja. Dia takkan ambil kisah 5S sekitar dalam rumah. Ayaaaaahhh la jugak. Adus!

Lepas mandi aku solat Isyak dan Terawih. Masa itu rasa kantuk bukan main. Dah kenyang katakan. Lepas gosok baju kerja untuk esok dan kemas meja serta depan tv, aku off semua lampu kecuali lampu luar. Setelah pastikan jam di talipon aku disetkan ke 4.45 pagi esok untuk bangun sahur, aku pun terus ….

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…..

Khamis, 12 Ogos 2010

Corat-Coret Sahur Ku...

Aku tahu bahawa pemain utama Ramadhan di rumah ialah aku. Akulah penyerang dapur, penjaga waktu dan penolak semangat ibu_suri untuk makan dan Angah untuk bangun sahur.

Aku dah suruh Angah belikan sesangkar telur Omega-3, setin ikan sardin, setin kari ayam dan perencah nasi goreng sebagai menu segera bila perlu. Bawang, cabai dan lain-lain aksesori memang dah sedia ada. Air botol jenis dispenser dah aku pesan 3 botol (@5 gelen) dari Amber Water Co. Cukup stok untuk sebulan, fikirku.

Jam 4.45 pagi aku dah bangun. Azamku memang gitu. 15 minit untuk menggeliat dan on blog aku untuk dengar lagu Ramadhan sambil ke dapur. Sebungkus gulai memang dah di pesan kat Angah suruh beli malam tadi, aku perangat saja. Goreng telur dadar 3 biji. O iya, aku belajar satu perkara pula kali ini. Kalau nakkan gebu dan besar saiz dadar tu kena pukul telur sampai kembang. Terlupa pula nak bubuh Maiyonis seperti iklan dalam tv tu.

Terdengar bunyi kelentung kelentang dari rumah sebelah. Sibuk macam aku le gamaknya...

5.15 menu sahur mesti disiapkan. Aku atur atas meja kecil yang dulunya ibu_suri guna untuk ajar tuisyen kat anak-anak jiran. Aku lapik paper, dan semua lauk, nasi dan aksesori makan atas meja.

Aku kejut Angah dulu sebab enjin bangunnya lambat panas. Sebaliknya, tidak ada masalah untuk ibu_suri cuma kena bangunkan dan pimpin ke singki untuk basuh muka. Jam 5.45 sepatutnya sahur selesai dan boleh kekap pinggan-mangkuk dan singki serta buang sampa-sarap.

Best juga hari pertama sahur aku. Semuanya berjalan lancar. Cuma tak sempat nak tahajjud terlebih dahulu seperti awal angan-anganku sebelum tidur.

Sayangnya, bila di tempat kerja mata mula rasa ngantuk. Tapi disebabkan ada audit SIRIM dan ofis aku adalah tempat rujukan segala dokumen kalibrasi, aku terpaksa stand by setiap masa.

Sempat hantas sms kepada semua rakan dan saudara mara, ucap Selamat Menyambut Ramadhan. Juga tidak lupa pada semua rakan bloggers yang dipaut ke sidebar blog aku. Tak kira yang prolifik atau yang sepi tanpa entri baru!

Rabu, 11 Ogos 2010

Jom Imarahkan Ramadhan

Photobucket
Buat semua rakan bloggers;

Angin pantai dingin membelai,
Ombak laut mengajak pulang,
Muga amalan tidak di abai,
Sempena Ramadhan yang kini mnjelang.

Semoga kita sesama berjaya di dalam pelumbaan ini!

Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadhan Kali Ini

Sehari sahaja lagi Ramadhan tiba. Itupun, jika mengikut tradisi. Penentuan cara Hisab lebih kerap terpakai berbanding Rukyah. Entahlah, walaupun kekadang ada keraguan di hati ini namun semuanya adalah di bawah tanggungjawap Jabatan Mufti.

Aku cuba menyediakan diri sebaik mungkin menyambut ketibaan Ramadhan kali ini;

1. Berpakat dengan Angah supaya siapa sampai ke Pasar Ramadhan dahulu, dia beli juadah iftar. Aku selalunya lewat kerana berkereta meredah kesesakan trafik bukan mudah. Angah naik motor tentu lebih cepat sampai.

2. Tidur awal supaya dapat bangun awal. Seeloknya melaksanakan Tahajjud lebih dulu kemudian menyediakan juadah sahur. Selesai sahur dan Subuh, urus ibu_suri seeloknya dan terus ke lokasi kerja.

3. Menyarankan Along supaya cari masa untuk balik iftar dan sahur bersama. Ini mungkin baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kami yang tak berapa kerat ini. Along pandai memasak. Tentu ringan sikit beban aku untuk fikir juadah iftar dan sahur nanti.

4. Mencari jalan agar aku dapat mencuri masa balik kampung dan iftar-sahur bersama mak di kampung.

5. Membaca Mathurat yang sudah lama aku tinggalkan sejak aku dikurniakan rabun dekat oleh Tuhan. Aku tidak dapat membaca Mathuratku dengan baik kerana hurufnya kecil. Akan cuba cari Mathurat yang lebih jelas.

6. Cuba meluang masa minima sekali untuk iftar bersama rakan jamaah.

7. Cuba mencari keizinan ibu_suri agar aku dapat berterawih di masjid sebanyak hari mungkin.

8. Mengambil kesempatan kelapangan Ramadhan ini melangir rumah untuk persediaan menyambut Syawal.

9. Cuba memujuk ibu_suri untuk iftar bersama emak dan abahnya di Air Itam minima sekali.

10. Berusaha solat Dhuha sewaktu rehat pagi di surau lokasi kerja. Memohon kehadrat Tuhan agar aku dan keluargaku dilimpahi bahagia walaupun harus menangung dugaan yang sebegini rupa.

Begitu 10 perkara yang insyaAllah aku cuba usahakan sempena mengambil semangat bulan Ramadhan penuh barokah ini. Usaha yang kerdil oleh insan kerdil lagi marhaen ini.

Sekali lagi, Ramadhan kali ini aku harap sempat ku habisi...

Ahad, 8 Ogos 2010

Guruh Di Hati

Hujung minggu ini aku letih dengan agenda duniawi. Selepas night duty semalam, aku cuma sempat tidur beberapa jam. 12 tengahari aku bersiap untuk ziarah Akhmal di STB. Aku pujuk juga ibu_suri supaya menggagahi badannya untuk pergi.

Bila melihat langit yang kelabu, aku sedikit bimbang. Jika hujan turun di sana nanti kerenyahan menjaga ibu_suri yang banyak serongeh menuntut kesabaran yang bukan sedikit.

Dari jauh aku perhatikan Akhmal berjalan tempang.

"Kenapa?"

"Tak da apa-apa..."

"Kalau tak boleh bagitau ayah sebabnya, mestilah perkara tu berat. Kalau boleh bagitau ayah maknanya ok lah tu..."

Aku biarkan teka teki itu tidak dijawap secara jujur oleh Akmal. Dia dah besar. Biar dia urus sendiri permasaalahannya itu. Aku kenal anakku yang sorang ni. Walaupun sekadar anak angkat, tetapi aku memeliharanya sejak dari tapak kakinya sebesar 2 jari tanganku ini. Jatuh bangunnya dalam tumbesaran hidup, aku yang peduli.

Tidak sampai pun 15 minit kami makan dan berbual, ibu_suri dah merengek hendak balik.

"I tak selesa duduk macam ni. Lenguh. I nak baring."

Sebaik saja aku mengambil kad lawatan dari polis yang menjaga pos, aku segera menyimpan barang-barang ke dalam kereta. Kemudian kembali mendapatkan ibu_suri. Sekali imbas aku dapat melihat muka Akhmal kemerahan. Aku tahu dia menangis. Mungkin bila melihatkan kondisi ibu_suri yang kian diam, murung dan terpaksa dipapah berjalan.

Aku seperti selalu. lebih bersikap gentleman. Meminjam kata-kata WN di sini: Guruh di langit dengar bunyinya. Guruh di hati, hanya Tuhan yang mengetahui.

Ramadhan Kareem, aku menantimu dengan bejana penuh rindu!

Sabtu, 7 Ogos 2010

Ramadhan Is Coming

Baru balik dari tempat kerja kerana night duty. Hari Isnin nanti ada SIRIM audit sedangkan kerja aku bertapuk. Kerap cuti atau ambil time off tentu sebabnya.

Semalam baru apply cuti tanpa gaji 4 hari dek menjaga ibu_suri di hospital bulan lalu. Cuti sudah habis sedangkan kerja masih banyak.

Semasa memandu di jambatan Pulau Pinang tadi, aku teringat Ramadhan yang mendatang. Tidak terasa masa berlalu pantas. Sudah lebih separuh 2010 aku lalui tanpa apa-apa yang istimewa.

Semasa khutbah solat Jumaat tadi. Khatib ada menyebut; 'Hari ini lebih tua dari semalam. Dan esok lebih tua dari hari ini.'

Ada benarnya. Masa remaja aku sudah berlalu. Kini aku meniti masa-masa tua. Walaupun Life Begins At 40 namun terasa seakan-akan Power Left 40 Percent.

Aku cuba merancang Ramadhan kali ini sebaiknya. Mungkin aku tidak dapat selalu berterawikh di masjid atau bersama ibu_suri sebagaimana sebelumnya. Pun aku harap aku tidak tuang walau sehari. Aku akan cuba mengindahkan amalan disamping mengindahkan kehidupan.

Walaupun Ramadhan kali ini aku lebih terasa seperti kesaorangan namun akan tetap berjalan di atas landasan yang teguh.

Aku berdoa moga ibu_suri dan anak-anaku dipelihara Allah. Juga berdoa moga emak dan adik-adik di kampung pun dirahmati Allah. Saudara-mara dan sahabat handai doaku begitu jua.

Ameen....!

Khamis, 5 Ogos 2010

Tiba-tiba Sunyi

Bergegas aku balik 1/2 jam awal dari waktu habis kerja. Risau aku bila mendengar suara ibu_suri merengek minta tolong di talipon.

"I terk****ng kat katil!"

Huh, sudah beberapa kali begini. Kekadang di atas karpet. Kekadang selangkah lagi nak masuk ke bilik air.

Terpaksa singgah di Petronas untuk isi tangki minyak yang semakin mengiri dan membeli nasi tomato (harap-harap ibu_suri berselera makan nanti) di gerai sebelah Masjid Kubang Semang membuatkan aku terpaksa membujuk hati ini supaya sabar untuk sampai ke rumah.

Sesampai di rumah, aku mandikan ibu_suri, lapkan badannya dan mencari pakaian baru. Selesai mengemas katil dan menterbalikkan tilam yang sudah kering dari kebasahan ( sedikit sahaja ), aku mengajak ibu_suri makan.

Harapan aku meleset bila ibu_suri cuma makan beberapa sudu. Dan dengan pujukan, aku menyuap beberapa cubit daging ayam goreng.

"Abang, kenapa I jadi macam ni? Apa salah I?"

Satu dari beberapa banyak soalan yang diulang-ulang, hingga aku sendiri tiada modal untuk menjawap. Lalu aku cuma diam. Pegun.

Memang aku faham betapa sukar ibu_suri menerima hakikat bahawa tiba-tiba sahaja dunia aktifnya direntap oleh penyakit yang dihidapinya kini. Dunia warna-warni dan hiruk pikuk tiba-tiba menjadi kelam dan sunyi sepi. Penuh murung dan kerisauan.

"Sabarlah. Dalam dunia tidak ada yang lebih hebat dari orang-orang yang sabar dan redha dengan ketentuan Tuhan." pujukku. Aku peluk ibu_suri yang mendepang tangan minta didakap. Aku elus belakang ibu_suri. Aku tahu dia perlukan kekuatan semangat dalaman.

Aku teringat anak-anakku yang di KL, Taiping dan di Bukit Tengah. Aku teringat Tadika Amal Rintis, Muhajjir, Silat Gayong, KRJ, PATT dan kelas Mingguan Dr Danial di Batu Uban.

Sabar dan redha sahaja adanya!

Foto kami berdua_serta rakan-rakan JIM di program lawatan Hospital Besar Pulau Pinang tahun 80an.

Rabu, 4 Ogos 2010

Antara Hambar Dan Manis

Sudah 3 minggu aku menghantar ibu_suri ke rumah kakaknya sementara aku bekerja. Bimbang dengan keadaan fizikal ibu_suri yang lemah; perlu ada sesaorang melihat-lihat dia. Tadi sepanjang jalan balik, ibu_suri asyik tidur. Khabarnya, rakan JIM ibu_suri; Miza dan seorang lagi ada datang ziarah. Aku amat hormati mereka kerana amat prihatin dengan kondisi ibu_suri.


Malam ini agak banyak ibu_suri makan berbanding sebelumnya. Aku sendiri agak musykil. Bukan sahaja nasi goreng malah mi goreng yang aku beli di Pasar Tani tadi pun dia sapu.

Selalunya dia cuma makan beberapa sudu. Paling banyak pun suku pinggan. Itupun setelah jenuh aku pujuk dan bodek. Pulak tu, sambil makan mi, ibu_suri menguntum senyum. Sudah lama aku tidak melihat senyuman ibu_suri. Tapi senyum yang ini kelihatannya agak lain. Antara ikhlas dan sindir. Antara hambar dan manis. Tidak dapat aku tafsirkan.

Aku dah mula ingat yang bukan-bukan. Sejak keceriaan ibu_suri menjunam, ibu_suri lansung tidak mahu keluar makan malam seperti selalu.

Dan seperti selalu itu jugalah, aku makan mi segera, biskut kering cecah teh tarik Ali Cafe atau pesan anak belikan burger.

Arakian malam ini nampak gayanya makan mi segera lagilah aku... Boleh botak dibuatnya kalau gini selalu!

Selasa, 3 Ogos 2010

Ziarahlah!

Semasa aku menguruskan rawatan susulan ibu_suri di Unit Psikiatri, Hospital Besar Pulau Pinang, Selasa lalu, aku sempat ambil foto-foto di bawah. Muga berguna untuk tatapan kalian yang ingin sihat dan dilihat sihat.



Kalau ada mendengar sahabat atau saudara mara sakit, segeralah ziarah. Tapi ingatlah adab berziarah:

Elakkan:

1. ziarah terlalu lama
2 datang dengan kumpulan yang ramai. Cukup 2-3 orang.
3. terlalu banyak ketawa atau berjenaka
4. bercerita kisah yang sedih
5. terlalu banyak mencecer konon menasihati

Banyakkan:

6. berdoa kebahagiaan dan kesembuhannya
7. bertanya keperluannya. bantulah dengan ikhlas dan segera jika dia memerlukan.
8. beri harapan bahawa dia akan sembuh
9. ingatkan dia ( dengan berhemah ) jangan tinggal solat dan doa.

Muga hidup bermasyarakat kita lebih sentosa dengan perbanyakkan ziarah kerana Allah!

Ahad, 1 Ogos 2010

Hujan Malam

Entah kenapa
hujan malam
seperti malu-malu
menyapa hatiku
yang resah
menanti matahari esok
entah terang
entah suram cahayanya.

Entah kenapa
jeritan kodok
seperti bungkam
seakan turut resah
menanti hari esok
entah ribut
entah kemarau.

Malam,
sinarilah cahaya
Tuhan,
kasihanilah hamba.

Aku ingin hidup 1000 tahun lagi!

( IM & ibu_suri - bulan madu di Batu Berangkai, Kampar, Perak: 1985)

Terima Anugerah BW1

Tiba-tiba aku diberitahu dapat Anugerah BW. Udah lama aku tidak dianugerahkan. Malah, anugerah yang dulu-dulu itu pun entah kemana tiadanya. Aduh, boleh dicap tidak menghargai pemberian orang ke aku nih?


Tapi dulu aku dapat anugerah kerana menjadi pembaca setia blogger tersebut. Lain pula kali ini aku dianugerah kerana menjadi pengikut terbaru LamaN KaseH ImaN. Mmmm... kira sempoi juga tu.

Kalau dulu aku terima anugerah tanpa syarat. Pun, kali ini perlu jawap beberapa soalan pulak. Kalau tak jawap camna? Kira tak aci ke?

Alakullihal, soalannya kira ok la.Cuma malam ni entah kenapa otak aku pasif pulak. Tak berapa umphh berfikir walaupun jenuh perah.

Q&A :
Q1. Dimanakah anda selalu BW?
- Di alam siber le. Mana ada alam lain lagi. Aku klik blog A kemudian klik mana-mana blog di sidebar blog A. Menjadi follower blog B dan komen sikit di cat box blog B tu.

Aku mau meramaikan blogger lelaki di sidebar blog aku ni. Asyik perempuan je, lain macam pulak rasanya.

Q2. Kenape anda suke klaw b'BW?
- Sejak ibu_suri diserang Ahmar, aku lebih banyak memerap di rumah. Aktiviti bersama NGO aku semakin kurangkan. Makanya, aku punya lebih masa tetapi terasa sunyi dan kehilangan ukhuwwah persahabatan. Aku pula memang suka menulis sejak dari bangku sekolah menengah.

Jadi menulis blog seperti mencandu hidupku. Demi untuk memeriahkan blog aku, BW adalah antara caranya. Lagipun, aku bukanlah popular sangat macam RPK atau Che Det. Kalau aku tak hemoih cari kawan, macam mana depa nak kenai aku, kan!

Q3. Ape yg anda dapat klaw BW?
- Dapat info baru, teknik menghias blog, ragam blogger menulis dan kalau ada tuah depa jatuh cinta kat blog aku, aku akan dapat rakan blogger baru. Lagipun, aku ini cuma insan biasa ciptaan Tuhan. INSAN MARHAEN yang idak punya apa-apa dan tidak pandai dalam apa-apa!


Q4. Macam mane perasaan orang yg d'BW anda?
- Entah le. Tak dapat le teman selami perasaan mereka. Tapi apa yang pasti, blogger yang bagi anugerah ni kat aku, aku pautkan blognya kat sidebar aku tanda Kaseh..eh...penghargaan. Samada dia suka pada tulisan aku atau sekadar suka gitu-gitu je, itu Tuhan yang Maha Esa saja yang terlebih maklum.


Terima kasih Ummi Iman atas anugerah. Aku tidak berhajat untuk memanjangkan penganugerahan ini. Sebabnya? Bak kata Mr Os, bukannya maleh. Cuma tak kose.....heh..heh..

Maaf!