Sabtu, 1 Oktober 2011

Bila Dunia Seperti Tidak Bermakna

Kepala aku masih sakit. Antara mau demam dengan tidak. Sengsaranya hidup ini bilamana diri menjadi serba tidak kena. Hanya sabar yang aku ada. Kerdilnya diri ini. Baru sakit kepala, dunia seperti tidak bermakna apa-apa. Nak buka mulut untuk masukkan makanan pun sakit. Nak sujud sembahyang apatah lagi. Ketawa pun malas.

Hari Rabu lalu aku pergi cabut gigi. Aku agak mungkin sakit gigi menyebabkan sakit kepala juga. Malamnya aku mendapat khabar Cik Lan, adik kepada mak aku meninggal dunia di Hospital Slim River kerana paru-paru berair. Bergegas balik kampung di Ipoh dengan harapan bolehlah nanti berkonvoi dengan mak untuk terus ke Kampung Pasir, Slim Village. Cik Lan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Piong. Sudah lama aku tidak ke sini. Bekas titi gantung tempat aku bermain dulu masih ada ketika melintasi Sungai Geletin yang kini sudah tidak sejernih dulu.

Balik dari kampung ibu_suri beria-ia mahu singgah di Sungai Perak, Kuala Kangsar kerana hendak mencari kuih putu kacang. Mana nak jumpa kalau udah malam. Hujan pula terlalu lebat. Aku tidak mahu membantah kehendak ibu_suri kerana aku perlukan dia tenang dan tidak marah-marah agar aku boleh memandu dengan selesa ke Pulau Pinang dalam kesakitan kepala yang bagai nak cabut dan buang ini.

Terpaksa berhujan pula untuk membimbing ibu_suri ke kedai makan. Mahu sangat Yong Tau Fu. Dan di sepanjang jalan balik, ibu_suri tidak habis-habis memberi komen tentang adik beradikku di sepanjang jalan hingga ke rumah.

Aku anggap ibu_suri itu separa normal. Jadi, kata-katanya itu aku masukkan ke telinga kiri dan keluarkan ke telinga kanan. Cuma sebagai manusia biasa, ada juga yang singgah di jiwa.

Hurmm... Masih sakit kepala. Hari ini adalah hari ke 4 aku telan Panadol.

10 ulasan:

Bapak berkata...

semoga kesihatan kembali pulih...

Kakzakie berkata...

Jangan makan panadol sesaja tanpa nasihat doktor IM... Moga beransur sembuh. Kalau IM sakit susah juga ibu_suri kan...

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM, akak pulak kalau sakit kepala, minyak kapaklah yang akan cari. Letak ditempat yang sakit dan kalau boleh cuba lelapkan mata.

Sabarlah IM semoga satu hari kesabaran IM untuk membuahkan hasil yang baik.

insan_marhaen berkata...

bapak,
Harap begitulah. Sakit ni tak boleh tahan..

Kak Zakie,
Panadol ni klinik panel IM yang bagi.

Kunang-Kunang,
IM jarang simpang minyak cap kapak.

Adinda Amy Sensei berkata...

semoga kesihatan IM akan segera pulih dan akan ceria seperti dulu...

NzA berkata...

moga cepat pulih....

maiyah berkata...

assalam..

hrp dah semakin pulih.. dan smoga IM dan keluarga sentiasa tabah mnghadapi apa saja keadaan ;)

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum,

Semoga kembali sihat.

Panadol sebenarnya tidak baik diamalkan, walau dari siapapun kita dapati. Boleh baca di sini:

http://www.informasi.my/jangan-ambil-panadol-actifast-atau-soluble-lagi/

...sekadar perkongsian... :)

insan_marhaen berkata...

Amy,
Sekarang ini agak ok sikit.

NzA,
Esok lusa baik lah tu agaknya.

Maiyah,
Tiada apa yang lebat selain ketabahan dalam hidup ini.

Ros,
Tkasih atas perkongsian. Memang betul tu...

IM dah stop makan Panadol..

ibuintan berkata...

IM ada migrain ke? moga sakit kepala IM dah berkurangan