Ahad, 11 September 2011

Rumah Terbuka

InsyaAllah, siang nanti akan berlansung Rumah Terbuka AidilFitri Malaysia di Sekolah Menengah Guar Perahu, tidak jauh dari lokasi rumah aku ni. Meriah sungguh persiapan mereka. Menurut kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini - Rumah Terbuka Malaysia ini diadakan tanpa sebarang motif politik. Juga ketepikan sebarang prasangka perkauman. Datanglah beramai-ramai.

Tapi aku tak dapat pergi sebab perlu hadir ke Mesyuarat Agong Daerah, Jamaah Islah Malaysia cawangan Seberang Perai Tengah di pejabat IKRAM, Seberang Jaya. Dah lama aku tidak bertemu rakan-rakan seperjuangan semenjak aku menarik diri dari barisan kepimpinan dan mengendurkan keaktifan aku dalam aktiviti bersama mereka. Aku terpaksa beri 100% tumpuan kepada kebajikan ibu_suri.

Hmm.. Perlu keluar awal ni sebab dijangka 20 ribu orang akan hadir. Kalau keluar lewat, bimbang akan jem pula...

Pemidang yang mengalu-alukan para jemputan

Kelihatan petugas sedang menggantung banting.

Bendera yang siap di gantung di depan sekolah


                                               Foto ihsan dari sini.

3 ulasan:

Temuk berkata...

Assalam IM
Seronok juga bila ada macam-macam 'perkumpulan' yang memungkinkan kita bertemu rakan-rakan dan sambil mengukuhkan lagi ikatan persahabatan. Kita sendirilah yang lebih tahu yang mana lebih wajar kita hadiri bila ada pertelingkahan waktu.

NzA berkata...

dan yg pastinya cikgu2nya brtukus lumus tnpa mengira cuti....

insan_marhaen berkata...

Temuk,
IM memang sejak dari dulu suka join NGO..

NzA,
Ha..ha.. Harap mereka bertungkus lumus untuk buat kebajikan di dunia demi pahala di akhirat. jangan tersalah tungkus lumus dah la...