Rabu, 23 November 2011

Alahai Quran!


Semalam, otw balik kerja aku singgah ke Hasani Book Store di Carefour, Seberang Jaya. Aku beli Al- Quran harga RM53 dengan terjemahan khusus untuk teks usrah mingguanku sekaligus untuk bacaan harian. Al Quran yang sebelum ini aku guna dah tak selesa untuk dibaca. Tulisan yang kecil dan bertindih-tindih membuatkan pembacaanku tersangkut-sangkut. Maklumlah, mata dah semakin rabun.

Sampai rumah lepas Maghrib membuatkan ibu_suri bertanya keras; Pergi mana lambat balik?

Aku sengih saja lalu lontar soalan lain; Dah makan?

“Ha… Ha… nak kona la tu!”

Malam, bila ibu_suri melihat aku mengeluarkan Al-Quran dari beg plastik dan menjinjing masuk ke dalam bilik untuk solat Isya’, dia bertanya;  Tu, Quran baru ke?

“Ya..”

“Bila you beli?”

“Tengahari tadi.”

You keluar tengahari?”

“Ha….”

“Beli kat mana?”

“Bayan Baru” sambil teringat semula bahawa sebenarnya aku ke sana hanya membeli card reader untuk micro SD talipon bimbitku. Kedai komputer mana ada jual Al_Quran.

Sambil tilawah, otakku asyik memikirkan jawapanku pada ibu_suri tadi. Tuhan…. Maafkan aku!

9 ulasan:

kakcik berkata...

Tak mengapalah kalau jawapan itu tidak lagi menimbulkan persoalan yang lain. :)

Abd Razak berkata...

Biasanya begitulah jika kita jarang memberi jawapan yang tidak tepat, rasa bersalah tetap menghantui kita

hrusli61 berkata...

Untuk kerukunan rumah tangga mungkin itu jawapan yang terbaik.

Jika ibu_suri boleh memahami mungkin elok berkata benar sahaja.

Isteri orang Jepun tidak suka suami yang pulang kerja awal.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
itu antara sebab kenapa IM kekadang terpaksa berselindung dari jawapan sebenar. sebab nak menjaga hati dia dan IM sendiri.

abd razak,
IM seboleh-bolehnya mau jujur dengan isteri IM kerana IM menghargainya sebagai teman hidup IM.

hrusli61,
falsafah di sebaliknya ialah mereka mahu suami mereka bekerja bersungguh-sungguh.

NzA berkata...

Jawapan selamat tanpa perlu huraian panjang....demi menjaga hati.

Kunang-Kunang berkata...

Tak aperlah sebagai ikhtiar mencari kedamaian

Omaq oTai berkata...

Allah Maha Mengetahui..Mungkin itu yg terbaik..mungkin boleh bawa ibu_suri berjalan2 di Hasani Book Store tu pula nanti..dh dkat sgt dgn rumah ana tu..

insan_marhaen berkata...

nza,
mmm... agaknya ini yang dinamakan 'bohong' sunat tu ya!

kunang-kunang,
betul tu.kita tau setiap sikap pasangan kita. maka kita tentu tahu bagaimana nak mengelak dari berlakunya perkara tidak baik.

omaq o tai,
dah bawa dah baru ni. tapi dia tak mahu masuk. dia tak boleh berdiri lama..

LadyBird berkata...

pakcik.. :D.. nak satu..