Ahad, 20 November 2011

Diari

Seraya meletakkan kepala di bantal semalam, aku memasang niat agar dapat bangun tunaikan Qiam. Sambil melayan bualan ibu_suri yang mutakhir ini agak insomnia, aku berdoa muga Allah kejutkan aku nanti. Berqiamullail adalah salah satu dari amalan yang akan dipantau oleh naqib usrahku. Tapi rupanya, nafsu tidurku lebih kuat mengikat aku. Walaupun dah terjaga, aku ...bummm... semula.

Petang nanti aku perlu hadiri Mesyuarat Perhimpunan Nasional JIM Pulau Pinang yang berlansung di USM TransKrian. Aku adalah di antara 9 orang perwakilan dari JIM Seberang Perai Tengah. Tinggallah ibu_suri seorang nampaknya di rumah. Beria-ia dia suruh masakkan nasi lemak dengan sambal tumis. Entah sempat entah tidak.

Memang hidup ini begitu banyak dugaannya. Lain padang lain belalang. Lain orang lainlah bentuk dugaan itu. Dugaan bagi orang yang melihat melalui kacamata positif akan menjadikan dia lebih cekal untuk terus bergerak ke hadapan. Namun sebaliknya bagi yang melihatnya secara negatif.

Aku bersyukur kerana kondisi emosi ibu_suri sekarang ini agak reda sedikit berbanding dulu yang begitu agresif. Mood Disorder yang dihidapi ibu_suri sekarang ini memberi sedikit ruang aku bersama dengan sahabat seperjuangan dan berkecimpung dalam aktiviti jamaah walaupun sekadar dengan sebelah kaki.

Salah satu usaha JIM dalam menangani masaalah remaja dengan mengujudkan RS

Aku sebenarnya rindu untuk berada dalam suasana dakwah dan ukhuwwah. Lantaran itu aku ingin pergi awal dan jika berkesempatan ingin juga turut serta dengan program Sanggar Kerja IKRAM Pulau Pinang.

Apa-apa pun, memasak dulu untuk ibu_suri. Sedap atau tidak kami berdua aje yang merasai. Muga-muga Angah akan datang sekejap lagi menemani ibu_suri sepeninggalan aku berMPN.

Dan muga tengah malam ini, aku mampu bangun untuk mengisi diari!

7 ulasan:

kakcik berkata...

Ibu_suri dah biasa ditinggalkan sendirian, kan? Semoga segalanya akan baik2 sahaja dan IM terus dikurniakan kekuatan mental dan fizikal oleh Yang Maha Berkuasa.

Kunang-Kunang berkata...

Semoga berjaya dan tabah dalam meneruskan hidup yang penuh ranjau dan dugaan ini/

LadyBird berkata...

Alhamdulillah.. ibu suri semakin sihat.. :D..

Anonymous one berkata...

Saya pun kadang kala suka buat nasi lemak. Dulu saya suka letak santan banyak-banyak tapi dia jadi terlampau berlemak dan tak berapa sedap sekarang saya suka campur air sikit santan tuh.. Lain orang lain citarasa.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
Memang dah biasa tinggal sendirian. Dek dah terlalu biasa, dia akhirnya menjadi terlalu sunyi.

kunang-kunang,
insyaAllah, buat masa ini IM tetap tabah.

LadyBird,

tidak juga. ibu_suri sakit lutut sehari dua ini. mungkin erana berat badan yang bertambah.

anonymous one,
Jangan lupa bubuh halia secukup rasa. disamping menambah keharuman baik untuk buang angin.

Omaq oTai berkata...

saLam, syeh Abu..
ana datang ke Sanggar Kerja tadi..dgr kata IM hanya dtg sbntar dan terpaksa pulang..

xpe, IM bermula dgn perlahan utk berqiyam..mmg mnjadi sunnah..ada seorg sahabat kita, apabila ari tu dia tidak qiyam, dia akan rasa seperti demam..itulah Abu Urwah..

Moga IM trus dikuatkn utk brsama2 sahabat smua..

aku HIV positif berkata...

bersama doakan yang terbaik untuk IM, ibu_suri dan keluarga.
insya-Allah niat yang murni Allah permudahkan. ada halangan ada penyelesaian.