Sabtu, 19 November 2011

Terowong

Foto ihsan dari SINI


Susah juga untuk membuat keputusan ini. Perlu banyak pertimbangan yang mencakupi seluruh sudut. Paling hebatnya ialah untuk mengenepikan kepentingan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan masa depan Akhmal disamping menjaga emosi  ibu_suri.

Akhmal memberitahu bahawa dia hendak pergi ke KL. Kawan yang juga jiran mengajaknya sama untuk menerima tawaran bekerja dengan satu syarikat besar yang melaksanakan projek membuat terowong untuk landasan keretapi berkembar. 6 bulan pertama perlu menghadiri kursus. Kemudiannya akan ditempat dimana-mana lokasi yang perlu untuk bekerja. 

Buat terowong - pastinya di dalam hutan banat. Kursus - pastinya memerlukan kekuatan daya fikir yang mana Akhmal sebagai penghidap sindrom Disleksia besar keberangkaliannya mengalamai kesukaran. Kebajikan diri - bolehkah dia urus sendiri berbanding usia yang masih belasan ditambah pula dengan sikap nya yang sedikit baran dan suka mengikut perasaan? Tidakkah nanti dia terpengaruh dengan suasana negatif?

Lagi satu perkara ialah bagaimana perasaan ibu_suri? Semalam sahaja bila aku memberi 'hin' bahawa Akhmal akan pergi ke KL, airmata sudah lebat turun ke pipi. Memujuknya supaya sabar dan reda satu hal pula. Kemudiannya, siapa yang akan menemani ibu_suri sepeninggalan aku bekerja. Rengeknya itulah yang melemaskan.

Semua ini berputar ligat di dalam benakku. Hari Isnin ini dia akan pergi. Aku pula yang perlu memikirkan persiapan yang patut dia ada - kad bank supaya mudah aku kirim wang jika perlu, bertanyakan kepada JKM tentang bagaimana dengan program Khidmat Masyarakat dan Pemantauan, meninjau akan betulkah kursus dan pekerjaan yang dikatakannya itu ada atau sekadar retorik?

Aku lebih banyak berfikir sendiri. Tidak ada teman kedua untuk berkongsi. Sebaliknya ibu_suri hanya bertanya, mengeluh, mencebik bibir dan akhirnya....... menangis.

Dulu, aku mudah cair dengan airmatanya tapi kini aku sudah belajar untuk menyeka airmata itu dengan bujukan. 

Biarlah Akhmal cuba hidup sendiri. Jika di situlah terowong rezekinya pasti Allah ada untuk memerhati. Jika dia gagal, pasti akan kembali ke rumah dimana dia dibesarkan ini.

Dia mungkin tidak tahu aku amat menyayanginya walau dia sekadar anak angkat; tidak mengapa. Lantaran itulah dia seperti mahu hidup sendiri dan lari dari kongkongan keluarga. Biasalahkan, remaja yang sedang mencari identiti diri. Bila dah jumpa nanti, pasti dia akan mengerti perasaan ayahnya ini...!

9 ulasan:

norh berkata...

dia pergi untuk tambah pengalaman hidup dia.. betul kata IM, kalau ada yg tak ok, pasti dia akan jejak balik ke rumah..

Ibu n Abah berkata...

Semuga dengan doa ibu dan ayahnya, Akhmal mendapat kebaikan apabila menerima tawaran kerja tersebut... Insya'Allah.

Ibu n Abah berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Ibu n Abah berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

nyanyisunyi berkata...

Salam IM
bila terpaksa lalui sendirian rasa memang sgt perit..beri kepercayaan pada Akhmal..biar dia belajar hidup sendiri..insyallah dgn doa ayah dan ibu dia pasti berjaya..

insyallah ibu suri akan faham lambat laun

hrusli61 berkata...

Bekalkan beliau dengan iman dan taqwa dan yang lain kita serah kepada Allah SWT.

Perubahan suatu yang kita nantikan dan semoga Akhmal berubah sebagai seorang remaja yang soleh lagi musleh. Amiin X3 Ya rabal alamin.

insan_marhaen berkata...

norh,
harap dia baik-baik di sana.

ibu n abah,
memang harapan IM dia terus kehadapan dengan kerja ini.

nyanyisunyi,
itu juga antara kenapa IM mungkin izinkan dia pergi bekerja di sana. biar dia belajar hidup sendiri!

hrusli61,
ya.. bukan mustahil jika Allah hendak ubah dari manusia toleh kepada musleh.

LadyBird berkata...

Smg Im mampu berdikari.. dan semoga ibu suri tabah..

Aida Ali berkata...

Di mana ada kepayahan, di situ datangnya semangat