Isnin, 20 Februari 2012

Yang Baik-Baik Saja

Kita ini teramat kerdil berbanding lautan


Aku ambil mc leave hari ini. Lebih banyak lepak di rumah. Aku cuba lupakan hal-hal kerja. Biar esok sahaja aku fikirkan. Aku juga tak banyak makan. Cuma tengahari tadi makan biskut yang masih tersimpan dalam beg warna pink yang di beri oleh Angah semalam bersama teh o.

Langit pun muram sahaja membuatkan suasana di rumah lebih banyak sunyi. Aku buka laman facebook yang dah lama tak kemaskini. Aku juga menjengah blog-blog politik; tidak banyak berita baru yang menarik. Cerita penyelewengan PKFZ dan  NFC dah mula kendur.

Aku teringat perbualan aku semalam semasa balik dari hospital.

"Abang nak miliki hidup yang simple sahaja sekarang ini. Tak mahu fikir beli itu dan ini. Cukup dengan apa yang ada. Nak serius dalam membayar hutang yang masih ada."

"Nak fikir macammana nak kurangkan kos hidup yang semakin naik. Biarlah anak-anak bina dan bayar kos hidup mereka sendiri. Abang tak nampak depa akan biayai kos hidup kita bila abang dah tak kerja nanti. Kita kena berdiri sendiri."

Aku teringat bapa mertuaku yang selalu mengadu akan hal anak-anaknya. Ramainya yang tidak sependapat dalam banyak hal. Tidak mencari titik persamaan sebaliknya saling salah menyalah antara satu sama lain. yang jadi mangsa adalah emak dan bapa mertuaku yang memendam rasa.

Aku harap anak-anakku tidak begitu. Sudahlah cuma 3 orang. Jika hanya 3 begini tidak pula sehaluan, tidak amanlah aku di dalam kubur nanti. Yang baik-baik sahaja yang selalu aku doakan setiap kali lepas sembahyangku.

9 ulasan:

Kamsiah berkata...

salam
Insya Allah..anak2 akan menjadi anak yg tak menserabutkan fikiran IM serta isteri...anak itu harta,anak jugak boleh jadi dan penawar...

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM

Doa ibu bapa untuk anak2 itu adalah yang terbaik.
InsyaAllah ... Semuanya akan berjalan dengan baik.

nyanyisunyi berkata...

Assalamualaikum...
anak yg ramai tk semestinya menjamin kebahagian ibubapa..yg ada itulah kita cuba jadikan yg terbaik pada kita..jikapun tidak kesampaian apa daya kita..telah berusaha namun Allah jua penentu segala..

mudah2an im kembali ceria esuk setelah bercuti..

insan_marhaen berkata...

kamsiah,
buat masa ini anak-anak IM boleh dikira ok.

deru ombak,
seperti mana mak IM selalu doakan yang terbaik buat anak-anaknya, begitu juga IM.

nyanyisunyi,
jika anak-anak yang ramai itu menjadi sebenar-benar manusia, alangkah bahagianya ibubapa.

Dinar berkata...

InsyaAllah, harap anak IM akan terus taat dan doakan IM & ibu_suri..agar mereka menjadi permata hati dunia dan akhirat.

LadyBird berkata...

insyaAllah.. smg tidak berlaku sedemikian.. kehidupan anak2 pun ade pancaroba sdri.. kdg2 duit tuk diri sdr x cukup :(..

Anonymous one berkata...

Melihat luahan hati IM, AO mula fikir status AO sebagai anak. AO doakan hidup IM di permudahkan..
dan anak2 IM juga di permudahkan hidup mereka.

tukar layout pula IM?.. :D

insan_marhaen berkata...

dinar,
begitu juga doa IM selalu agar mereka berjalan di atas jalan yang lurus.

ladybird,
IM faham kerana IM pernah lalui begitu semasa IM muda.

ao,
ini layout lama. ntahlah, dulu IM marah Angah sebab suka warna hitam ala-ala black metal tapi kini IM pula suka.

al-lavendari berkata...

memang saya pun mengaharapkan yang baik-baik sahaja untuk anak2.

tentang fb tu, saya pun main tekan2 je .. lepas tu kalau nak ajar orang dah lupa pulak.