Jumaat, 20 Julai 2012

Masak Sendiri

Sejak motor dia dah diperbaiki, hampir setiap malam Akhmal balik jauh malam. Dengan kaki bersimen dan bertongkat itu, entah kemanalah dia melilau.

Aku memang bimbang. Bila kerap balik jauh malam begini berbagai perkara tidak elok boleh berlaku.

Dan rupanya, beberapa hari ini juga jiran-jiran mula bercakap tentang Akhmal. Rupanya 2 buah  rumah jiranku ada kesan-kesan pecah masuk. Cumanya ia gagal.

Dan seperti sebelum ini, nama Akhmal meniti dari bibir ke bibir mereka.

Aku dah letih dan tak kuasa lagi memberatkan otak untuk memikirkan perkara ini. Aku pasrah saja. Jika benar apa yang mereka persangkakan, lapur saja pada polis. Biar polis yang uruskan. Atau jika tidak benar sangkaan mereka itu, aku harap kebenaran muncul di hadapan mereka.

Aku lebih mahu fokus pada Ramadhan yang akan datang Sabtu ini. Asyik-asyik ibu_suri bertanya macammana dengan sahur dan berbuka puasa nanti. Aku hanya jawap, kita beli saja di Bazaar Ramadhan ala kadar. Dan sahur juga ala kadar.

"I mau kita masak sendiri." 

Entahlah... Aku dah malas potong bawang, pesiang ikan dan perah santan. Aku nak santai-santai jer...

kredit

8 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM.

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al Mubarak.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan al-Mubarak

Juju berkata...

IM,
Selamat berpuasa dan semoga ramadan kali ini memberi banyak keberkatan kepada IM sekeluarga

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
semoga ramadhan kali ini lbh baik dari th2 yg lepas...

Ibu n Abah berkata...

IM..
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..
- bulan puasa ni sedap lg masak sendiri biarpun lauknya sempoi....
Lauk yg dibeli selalu tak sedap dan cepat basi.....

Bearcat berkata...

Selamat menunaikan ibadah puasa buat IM sekeluarga.

Bulan puasa ni bulan penjimatan juga...saya biasanya berbuka dengan 1 jenis lauk dan 1 jenis sayur serta air teh panas. Masak sendiri lebih sedap. Yang ringkas-ringkas pun dah cukup :)

LadyBird berkata...

slmt mnymbt rmdhn al-mubarak.. ldy mhn keampunan dr hujung rmbt ke hujung kuku kaki.. smg rmdhn kli ini jauh lbh baik dr sblm2nyer.. ameeenn..

a.samad jaafar berkata...

anak adakalanya adalah ujian bagi kita.. bersabarlah.. allah bersama hamba yg kekal sabar..

selamat menjalani ibadah puasa ye bang IM...