Selasa, 10 Julai 2012

Sambil Minum Penang White Coffe

Hari ini, Selasa. Sepatutnya aku ada usrah. Tapi barangkali naqib aku sibuk;  usrah ditangguhkan.

Namun aku keluar juga seperti selalu. Beria-ia ibu_suri pesan supaya aku balik awal. Boring duduk di rumah, katanya. Dia mahu jalan-jalan seperti selalu walaupun dia tahu aku balik sat lagi pun tentunya dah pukul  12.

"No problem!" jawapku sambil mencubit pipi cucuku yang dah pandai meniarap. Samada letih atau sudah jauh malam, jika ibu-suri mahu dibawa berjalan-jalan, aku mesti tunaikan.  Demi menjaga emosi ibu_suri agar selalu stabil kepentingan diri dikesampingkan.

Adakah aku berbohong kepada ibu_suri malam ini kerana walaupun tiada usrah tapi aku masih juga keluar rumah? Errrrr..... terpulang pada tafsiran masing-masing. Agak-agak kalau aku katakan aku ini 'bohong sunat', boleh ke? Aku bukannya pergi tempat atau buat perkara yang tak elok.

Aku bawa notebook milik Along bersama broadband. Aku singgah di Restoran Makbul, Seberang Jaya; antara lokasi yang aku gemar lepak untuk merehatkan minda. Sebenarnya seharian ini mood aku agak lembab. Di ofis pun aku kurang aktif membuat kerja. Otak seperti dah tepu.

kredit  sini
  
Sambil minum Penang White Coffee kegemaranku bila ke sini, aku bermain dengan notebook sambil update lagu-lagu dalam pendrive keretaku.

Harap aku tidak lupa bila balik aku kena beli beras yang sudah kehabisan stok, teh tarik Old Town kegemaran ibu_suri mutakhir ini dan kacang Tong Garden sebagai bekalan dalam kereta bila mengantuk tatkala memandu.

Teringat selepas solat Asar ditempat kerja tadi, ada majlis Ta'alim oleh sahabat Tablighku. Antara peringatan yang diberi ialah tentang makna IHSAN;

Bila kita berbuat ibadah anggaplah seolah-olah kita sedang melihat Allah. Jika tidak mampu begitu, cukup sekadar kita merasakan seperti Allah melihat kita.

Renung-renungkan lah!

6 ulasan:

NoorVictory berkata...

Semoga kita jadi muslim yang mukmin dan mukhsin, kan? ;)

Semoga ibu_suri sentiasa sihat. Amiin. Dan semoga Allah tetapkan IM terus kuat mnjalani takdir..

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Selamat menyambut Ramadhan tidak lama lagi.

Saya kagum saudara buat banyak kerja berkualiti dlm satu masa.

❤Kamsiah❤ berkata...

bohong sunat? kdg2 dek tak mau ada hati yg terasa,tak mau suasana tegang..tak mau disalah tafsirkan..terpaksa menipu walau dalam hati ada rasa bersalah..:)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Semoga sentiasa tabah dan istiqamah menjaga ibu_suri dan insyaAllah kebaikan yang banyak menanti IM kerana setiap ada kesukaran pasti bersamanya ada kemudahan.

mama maman aka yana berkata...

ambik masa utk diri sendiri pun perlu... :-)

insan_marhaen berkata...

noorvictory,
ya.. disertai dengan usaha ibadah, muga kita semua bergelar muslim yang sempurna.

ujang kutik,
selagi mana ada daya upaya dan masa, marilah kita bersama bergerak ke arah memuslimkan diri dan masyarakat kita.

kamsiah,
insyaAllah, buat setakat ini IM masih setia bersama ibu_suri dan bohong 'sunat' hanya untuk kepentingan bersama kami.

werdah,
terima kasih atas doa. memang selalunya bila IM terdesak Allah beri kemudahan selepas tidak henti-henti berdoa.

mama maman,
perlu IM buat begitu kerana IM bimbang, IM sendiri akan tumbang jika terlalu stress tanpa mengawalnya.