Khamis, 13 September 2012

Param

Aku menjenguk keluar bila terdengar suara memberi salam. Rupanya si Param, kawan Akhmal.

"Betul ke Akhmal kena tahan?"

Aku angguk. Param adalah satu-satunya kawan yang aku kira rapat dengan Akhmal. Sering ambil peduli pasal Akhmal walaupun aku perasan Akhmal selalu juga berkasar dengannya.

"Saja saya nak confirm dengan pak cik. Saya pun baru tahu dari kawan-kawan."

Bagus juga dia. Tidak sekadar percaya pada cerita orang lain sebaliknya memastikan kesahihan berita itu dari aku, ayah si Akhmal.

"Ditahan sebab apa?"

"Polis jumpa sepeket syabu kat badan dia."

Param terdiam.

"Tak apalah. Itu yang dicarinya, itulah yang dia dapat. Kita tengok macam mana dulu. Tadi dia dibawa ke mahkamah untuk dapatkan perintah mahkamah. Lepas itu air kencingnya akan diuji dimakmal."

"Jangan dia kena hantar ke pusat Serenti aje dahlah pak cik!"

Giliran aku pula terdiam. Dah letih sebenarnya dengan kerenah Akhmal ini. Biarlah masa yang menentukan kesudahan kes Akhmal kali ini. Aku pasrah saja.

"Kamu tak kerja ke?"

"Nak pi kerja la ni, pak cik. Masuk pukul 11.30 malam."

Sempat aku ucapkan terima kasih atas ambil berat dia terhadap Akhmal. Sebenarnya, bukan semua kawan Akhmal ini tak berjenis. Ada yang okcuma cara mereka bermuayashah itu mungkin tak sama dengan zaman aku 30 ke 40 tahun dulu!

6 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga penahanan kali ini membawa pengajaran dan menginsafkan Akhmal. Sama2lah kita doakan.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga Allah membuka seluas-luas hatinya untuk kembali kepada~Nya atas jalan yang diredhai

Norhaizan berkata...

Sependapat dgn kakcik.
Tolong jgn putus asa dengannya.
Juga jgn berputus asa dgn Allah sekiranya Dia masih belum menjawab doa kita.

mario berkata...

setuju...susah nak cari kawan camtu...

makchaq berkata...

Sedih la makchaq baca ni... anak2 ni senang terpengaruh.

Anak adik makchaq baru 16 tahun baru ni lari lagi sebab tok teguq periksa ada yg fail, lari hari jumaat, balik hari ahad ambik motor sampai hari ni tak balik.

Dulu anak abang(perempuan)sampai pening abang asyik kena pi ambik anak kat balai, Alhamdulillah, la ni dah 22 tahun dah ok..

Abang makchaq kata dah tak tau nak buat macam mana.. doa ja la..
Alhamdulillah anaknya berubah..

Makchaq doakan Akhmal dan Aiman(anak adik) pun akan sedar dan berubah ke arah kebaikan..







nur berkata...

susah nak jumpa kawan macam Param tu ye..
Insya Allah IM.. doa..
dari blog NUR