Khamis, 22 November 2012

Pak Din


Kesinambungan dari catatan aku di sini, tika aku sedang asyik mencicah carikan roti canai ke dalam kuah dan kemudian ke dalam mulut, ibu_suri menegur sesaorang. Bila aku kaleh ke belakang, rupanya Pak Din.

Seperti biasa, Pak Din yang berseluar pendek, singlet dan memakai topi BN, tersengih lalu duduk di sebelah aku. 

"Tak jogging hari ni?" tanya ibu_suri.

"Sat lagi." sambil Pak Din menggamit ke arah mamak mengisyarat pesanan Nescafe O.

"Eh, hujan renyai ni pun jogging juga. Tahan badan ya!" soalku.

"Ahh.. dah biasa." jawap Pak Din bernada bangga. Bangga seorang tua; macam bangga abahku bercerita tentang kejayaan anak-anaknya pada kawan-kawan.

Pak Din memang sering ke Restoran Nasi Kandar Popular ni. Boleh kata macam rumah ke 2 agaknya. Pak Din walaupun sudah berumur 72 tahun tapi tampak masih sihat dan power.

"Baru ni Penang Bridge Marathon, tak join ke?"

"Tak pi. Itu Kerajaan Penang buat. Pak Din insured dengan kerajaan pusat. Nanti kalau jadi apa-apa masa jogging tu, susah nak klem."

Aku angguk. Sampai tara tu persepsi masyarakat marhaen ini.

Ikut kata Pak Din, dia ada simpanan RM200 ribu dalam ASB. Dan setiap bulan anak-anaknya beri RM100 seorang seramai 7 orang.

Satu pesan Pak Din yang aku ingat hingga sekarang bila bercakap soal sambung kerja jika ada tawaran selepas 55 tahun;

"Kalau kerja tu tak ada tekanan, enjoy, tak apalah terus kerja. Tapi kalau kerja tu banyak tekanan, elok berhenti dan cari kerja lain. Umur dah tua-tua gini eloknya kita buat kerja yang kita suka dan santai saja. Buat apa nak sakit jiwa. Kalau masa muda dulu, ok la!"

Kalau ikutkan dari kad nama yang Pak Din tunjukkan pada ibu_suri, Pak Din boleh uruskan pinjaman pada sesiapa yang mahu buat pinjaman melalui bank. Kira, broker la, tak gitu?

Aku doakan agar Allah kurniakan kehidupan yang penuh keberkatan pada Pak Din dan isteri. Sesekali fikir, kesian pada Pak Din dengan cara hidup yang begini!

5 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Hebat Pak Din, masih mampu berjogging. Teringat abah ayah saya yg prihatin dgn kesihatannya selepas terkena serangan jantung beberapa tahun lepas.
Bagus anak2 Pak Din kan. Kalau duit sebanyak itu..boleh ulang alik pi Mekah! Semoga doa IM kpd Pak Din didengari Allah!

Kakcik Nur berkata...

Itu pilihan dia...

norh berkata...

tak tunggu waktu pencen pun, saya dok fikir pasal keja yg lebih senang dah ni..

ibuintan berkata...

sy suka dengan pesanan Pak Din

hrusli61 berkata...

Tidak kira dah tua atau masih muda, usia ini kena digunakan dengan baik untuk dunia dan akhirat sekali.