Ahad, 6 Januari 2013

Manisnya Panen Itu...

Akhirnya berjaya juga meloloskan diri untuk menghadiri Mesyuarat Aqsa2Gaza@Mydin di Pejabat IKRAM, Seberang Jaya malam tadi.

Alhamdulillah, disamping menjadi Setiausaha, juga dilantik memegang JK Siaraya - antara bidang yang memang menjadi minat aku sejak aktif dalam JIM lagi.

Syahdu rasanya kerana dapat  bersama dengan rakan seperjuangan demi meneruskan aktivisma dakwah walaupun kini dalam relung yang berbeda.

Aku khabarkan hal ini pada ibu_suri tatkala membawanya bersiar-siar seusai mesyuarat  akan tetapi;

"Abang niii... Asyik-asyik mesyuarat. Asyik-asyik.. usrah. I macam mana?"

"Aduhai....Abang bukanya buat benda yang tak baik. Kalau you sayang kat abang you izinkan abang join program ni okay. Lepas tu you nak pi bulan ke pi bintang ke, abang boleh bawakkan.."

Terkadang aku merasa amat bertuah kerana berjaya mengharungi sekalian ujian hidup ini dengan segala keupayaan yang ada.

Hari ini, nikmat dari panen itu terlalu manis. Dan terlalu manisnya itu membuatkan aku menjadi semakin sayang kepada yang bernama isteriku ini atas nama kebertanggungjawaban!

9 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Tahniah IM...memang bukan mudah melakukan semua itu kerana ibu_suri perlukan perhatian yg sewajarnya. Semoga niat dan keikhkasan IM di berkati Allah dan segala urusan dipermudahkanNya.

Jay Ar berkata...

Ia sebuah cinta sejati yg tak semua suami bisa menggapainya menjadi realiti, teruskan IM....

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
Kebahagiaan itu asalnya dari rumah juga...
jika dirumah dah bahagia.. kemana pun pergi bahagia....
ALHAMDULILLAH -

insan marhaen berkata...

NH,
Ya... Doakan agar IM mampu buat yang terbaik untuk ibu_suri dan juga untuk ibu IM di kampung...

Jay Ar,
Tapi berbanding dengan Abil, IM maih jauh...

Ibu n Abah,
Betul tu. Jika rumah itu syurga, segala kebahagiaan tidak ke mana.

Azian Elias berkata...

asalam dan salam kenal..


janji ke syurga ye..

Temuk berkata...

IM
Tahniah, IM! Sungguh gagah semangat IM. Terasa kecilnya semangat Pak Temuk sendiri. Walaupun tugas-tugas baru itu berat, dengan keizinan ibu suri, insyaaAllah, semuanya akan jadi ringan.

Cik Wawa berkata...

IM memang seorang yang tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan. Sy berasa sgt kagum dgn pjuangan hidup IM. Tak semua orang boleh menjadi begitu. Terkadang, kisah hidup IM mjadi semangat utk sy meneruskn kehidupan lebih2 lagi d usia y masih remaja ini banyak rintangan yang perlu dlalui. Jika lemah, maka, hidup tidak akan kemana....

ANIM berkata...

Kalau suami bawa jalan2 petang balik kerja walaupun hanya menikmati segelas teh tarik dan sepinggan tose....itu dah membuatkan saya tersenyum hingga ke telinga. Saya faham situasi ibu suri...

insan marhaen berkata...

azian,
Salam kenal. Sayangnya harga sekeping tiket untuk ke syurga amat mahal.

temuk,
kerana itu kesempatan ini IM rebut walau terpaksa berpapah. Pak Temuk pun masih belum terlalu lambat. Dakwah ini luas bidangnya.

wawa,
begitulah harapan IM. selain untuk kepuasan IM menulis juga untuk orang lain menjadikan ia sebagai ikibar.

anim,
terima kasih atas makluman ini. insyaAllah akan IM terima hakikat ini dan mengikhlaskan diri membawanya berjalan-jalan selepas balik kerja.