Selasa, 5 Mac 2013

Tidur Yang Pendek

Baru balik dari mesyuarat gerakerja PRU. Sekalipun peristiwa berdarah di Sabah menurunkan sedikit kepanasan suhu piliharaya, namun kerja perlu diteruskan.

Seperti yang diduga, aku ditugaskan untuk menyelenggara medium blog. Akan ada seminggu sekali secara tetapnya mesyuarat pemantauan kerja. Alhamdulillah, walaupun ibu_suri masih tetap dengan ragamnya namun secara keseluruhan dia menyokong aktivisma aku ini. Makanya, aku kena kuat semangat untuk terus bangun dan bergerak. Sabar dan selalu memandang kehidupan secara positif.

Masa tidur yang pendek memang sudah menjadi kelaziman. Sama seperti sahabatku blogger JH yang diarahkan mengetuai unit gerak gempur. Itu berasaskan kepada kecengelannya dan kemantapan ilmu persilatan yang dia ada.

Subhanallah
Kalah menang adat pertandingan. Allah tidak tanya - apakah kamu telah berjaya sebaliknya Allah bertanya - adakah kamu telah berusaha.

Aku yakin, aku berada di pihak yang benar. Aku yakin Allah akan bersama dengan orang-orang yang ikhlas dalam perjuangan. Tidak semesti nya setiap usaha itu akan berjaya. Tidak semestinya juga setiap kegagalan itu tanda Allah tidak hargai usaha kita. Kekadang, kegagalan itu lebih baik berbanding kejayaan yang mungkin akan melalaikan.

Selepas ini aku mungkin sibuk dengan blog calun DUN yang aku dokongi. Namun aku juga berharap agar blog aku tidak pula terabai. Ntah kenapa 3-4 hari ini internet aku cukup lembab macam siput - haiwan jenis moluska itu. Dan buat julung-julung kali juga, 2-3 hari ini aku cukup cuak untuk menonton berita TV!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

berita tv bukan lagi sesuatu yang kakcik tunggu2 sejak beberapa tahun kebelakangan ini...

Anonymous berkata...

bukan semua berita Tv tak betul disebabkan pergaduhan sesama kitalah Allah turunkan bala saling tak ada kemuafakatan antara islam,dan anda masih boleh tidur walaupun pendek..pasukan keselamatan,isteri dan anak serta hati seorang ibu hanya Allah aje yang tahu..kadang2 pelik kita jika dah tak suka sesebuah syarikat jln mudah berhenti..tapi kita masih bertahan disyarikat yang kita benci..

Jay Ar berkata...

JR dah boikot berita TV dah lama dah, kalau nak tengok pun masa sukan saja. Asyik dengar suara jerit2 tak tentu hala...buat sakit telinga. Entah bila TV kita nak keluar dari kepompong primitif tu tak tau lah...

Nak tengok berita buka media baru, lebih telus, tak sakit hati.

insan marhaen berkata...

kakcik,
Sebelum 2-3 hari itu IM selalu tonotn berita apatah lagi Buletin Utama walaupun ibu_suri tak suka. Bagi IM kita perlu juga dengar pandangan dari 2 belah pihak.

tanpa nama,
Betul tu. Kita masih boleh tidur sedangkan mereka di perbatasan berjaga dalam tidur mereka.

IM selalu pesan pada adik bongsu IM, jadilah seorang anggota keselamatan yang ikhlas dan bertanggungjawap. InsyaAllah, antara jalan kepada syahid ialah mempertahankan tanah air!

Jay Ar,
Dengan ilmu yang kita ada di dada kita timbanglah mana yang betul atau tidak. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. InsyaAllah, satu hari nanti kebenaran tetap akan nyata. Kebatilan tetap akan terbukti.

ANIM berkata...

tv dan suratkhabar pun dah bukan teman setia skrg..

Anonymous berkata...

harakah pun bukan teman setia teman..