Isnin, 8 April 2013

Lepak

Mesyuarat Sukses Team yang sepatutnya malam ini ditunda ke hari Rabu. Jadi, aku free malam ini. Aku ambil kesempatan untuk lay-park di Restoran Maqbul, Seberang Jaya; antara lokasi yang aku suka singgah bila ingin sendirian.

Laptop adalah temanku yang paling akrab mutakhir ini. Aku akan habiskan masa 2 jam di sini untuk membuat kerja-kerja PRU.

Menu kegemaranku bila di sini ialah secawan Penang White Coffee dan satu set roti bakar. Suasana di sini agak tenang tanpa ramai orang. 

Tinggal di rumah, ibu_suri sendirian. Meratus panjang sebelum aku keluar tadi kerana cucunya sudah 2 hari tidak datang ke rumah. InsyaAllah, 11.30 nanti aku akan balik. Pastinya kena bawa dia jalan-jalan seperti malam-malam selalunya.

Setelah berfikir panjang, aku merendah diri untuk ambil peduli dalam mengemaskini blog kesemua 3 dan mungkin 4 calun PRU dari jamaahku. Cuma untuk sebulan ini sahaja; tidaklah selama mana.

Isyak tadi ntah kenapa aku sujud panjang di akhir rakaat. Pinta pada Tuhan muga aku diberi ketabahan dan kesejahteraan dalam melalui likuan hidup yang masih berbaki ini!

InsyaAllah, Sabtu ini aku bercadang ziarah mak di kampung. Bila aku ajukan cadangan ini kepada ibu_suri, selamba sahaja jawapannya;

"Tengok keadaan!"


4 ulasan:

Jay Ar berkata...

Syukurlah masih ada mak, mak JR dah pergi hampir 2 tahun lepas. Hargailah sesuatu yg masih menjadi milik kita....

Anonymous one berkata...

moga sabar dan tabah selalu IM

rashid hasnon berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

insan marhaen berkata...

JR,
Ya.. Mak IM akan menjalani bedah kecil selaput mata hujung bulan ini.

AO,
InsyaAllah, kesabaran dan kekuatan dalaman adalah resipi hidup IM selama ini dan masih bertahan.