Jumaat, 19 April 2013

Prinsip

Hari ini tak semena-mena aku telah melanggar prinsip hidup yang memboikot McD dan KFC. Ini gara-gara melayani kehendak 2 orang.

Petang tadi seorang kawan berbangsa Cina mengajak aku keluar makan bersama. Kawan sekerja  yang telah pun bersara pada November tahun lalu. Aku membawanya ke Auto City. Katanya nak singgah makan di McD. Kami berborak hampir 2 jam di sana. Dia lebih banyak bercerita berbanding aku yang banyak mendengar.

"Sorry ya... I cakap banyak hari ini. Seronok dapat jumpa you. Lama kita tak sembang!"

"Its okay. Gentleman memang macam tu. Lebih banyak listen.." Jawapku sambil ketawa.

Bila malam pula, lepas melayan cucu, ibu_suri ajak keluar jalan-jalan ke arah Kepala Batas. Beberapa kali terjembong dengan kumpulan orang sedang memasang bendera. Kepala batas... pastinya bendera biru!

Sesampai di Bangunan Kailan, tiba-tiba ibu_suri minta aku belikannya KFC.

"Bukan boikot ke?.." soalku.

"Sesekali je.. Takpa kan.. bang! Abang baikk..."

Iyelah tu.. Masak dengan fe'el ibu_suri, aku pesan dinner plate Korean Spicy. Terlanjur dah membeli, teringin juga nak rasa perisa baru ayam KFC ni. Boleh tahan juga...

Muga-muga Allah ampuni kelemahanku ini. Sibuk menyuruh orang boikot produk bermotifkan Israel, aku sendiri yang terpaksa menelan ludah sendiri! 

5 ulasan:

NoorVictory berkata...

Saya.. Setakat ni.. Cuma dapat boikot McD je. Huhu

smbotak berkata...

dalam iklan, sos korean spicy tu melimpah-limpah...

❤Kamsiah❤ berkata...

bkn main iklan MCD kt TV skrg...

Jay Ar berkata...

Keluarga JR pun malam tadi makan Korean spicy di KFC utk meraikan harijadi anak ke-5. Isteri dan anak2 saja yg makan...JR cuma perhati, bukan sebab boikot tapi memang JR tak suka KFC dan pizza...

insan marhaen berkata...

NoorVictory,
Kita cuba sedaya upaya untuk boikot. bukan setakat makan tapi pemakaian dan aksesori.

smbotak,
Begitulah pengaruh iklan mengubah persepsi kita.

Kamsiah,
Sampai nak membaiki imej kerajaan sekarang pun menggunakan iklan McD sebagai senjata.

JR,
Walau tak suka, tapi kerana meraikan famili, IM jamah juga. Kemesraan famili itu lebih tinggi nilainya.