Khamis, 2 Mei 2013

You Tidur Ke?

Aku balik kampung semalam. Ziarah mak yang baru jalani pembedahan menukar kanta mata. Aku pun tak berapa faham apa maksudnya itu. Adik aku yang bertanya, tak dapat nak aku beri jawapannya.

Dia sibuk bertukang menggantikan lantai rumah yang dah reput kepada baru. Rumah ini terbina sejak aku dilahirkan. Boleh bayangkan berapa tahun usianya.

Aku pula bila setiap kali balik kampung;

"Cuba kamu tengok lampu tu. Lambat bebenor nak menyalanya bila bukak suis!"

Bila mak cakap begitu, aku dah boleh agak punca masaalahnya. Maklumlah, itu memang bidang aku semasa belajar dan bekerja.

Bila aku belek lampu kalimatang yang dah separuh dari usia rumah ini, aku tahu ini masa untuk diganti baru. Dah berkarat sesangat.

Aku pun bergegas ke UO di Greentown Mall. Terkial-kial juga aku memakir kereta dan memasuki UO yang jarang sekali aku pergi. Akhirnya aku dapat mencari kalimantang (walaupun jenis pendek), connector, wire cutter dan test pen

Akhirnya siaplah kerjabuat aku itu dengan tenaga otai yang ada ini. Bukan main gembira lagi mak yang tentunya selepas ini lebih jelas pembacaan Qurannya.

Aku tahu, keletihan ini jika tidak di cover dengan tidur akan buatkan aku terhuyung hayang membawa kereta balik ke Penang.

Aku minta ibu_suri bersembang dengan aku supaya tidak mengantuk memandu. Tapi ntah bila masanya, tiba-tiba ibu-suri menepuk bahuku dan berteriak;

"Abangggggg.... you tidur ke?"

Dan aku spontan menekan brek. Astaghfirullah... Rupanya Viva aku hampir mencium bontot lori. Apalagi.... bergantang-gantanglah leteran ibu-suri di sepanjang jalan. Aku hanya diam membatu!

5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

nasib baik..masih bernasib baik..terlelap beberapa saat boleh mengundang padah..

smbotak berkata...

kalau saya dalam keadaan macam tu, cuba makan kacang untuk elak mengantuk. kalau gagal, takde pilihan lain selain berhenti kat tempat mana yang patut...

Jay Ar berkata...

Banyak petua org utk hilangkan mengantuk ketika memandu. Cuma satu petua belum cuba: kunyah cili padi jika rasa mengantuk, kepedasannya menyebabkan otak tak dpt melayan rasa mengantuk lagi. Sapa nak cuba, boleh cuba...

ANIM berkata...

syukurlah..Allah masih memanjangkan umur. berkat bakti kepada ibu tu..terselamat dari kecelakaan.
subhanallah..

p/s kalau dah mengantuk, minum kopi ke, kunyah gula2 ke, makan kacang ke.. dia tetap mahu lena . saya ni dah biasa travel malam balik johor, kena tidur kat hentian walau sekejap

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Yelah... Syukur kepada Allah atas selamatnya IM itu.

smbotak,
Makan kacang memang cara IM hilang mengantuk. Tapi ada masanya tak menjadi juga.

Tidur di RnR juga tak menyelesakan. Mutakhir ini IM cuna minum RedBull dalam tin. Memang tau tak elok diamalkan tapi masam-masam redbull itu nampaknya dapat hilangkan mengantuk buat sementara sebab IM tak suka masam...

JR,
Ha..ha... idea luar kotak yang menyiksakan pemanduan IM...

ANIM,
Rasanya faktor usia menjadikan IM cepat mengantuk. IM cuba elakkan memandu waktu jauh malam.

Dan sebelum memandu I akan pakai paling IM selesa dan set dalam minda IM mahu happy tika memandu.

Tak mahu tension-tension walaupun ibu_suri membebel lebih-lebih bila tengok bendera kaler biru sepanjang jalan..he..he..