Ahad, 23 Jun 2013

Di Kedai Kopi Tepi Masjid, Pagi ini...

Aku ke Tasik Mengkuang pun dah pukul 8 lebih. Matahari makin tajam cahayanya. Namun aku pergi juga untuk senaman berjalan. Itu azamku sejak hari Jumaat lagi - Sabtu dan Ahad ini mesti pergi riadah. Nak berjogging, dah bukan masanya. Lutut mula terasa sakit mutakhir ini.

Pemamndu lori itu singgah minum, agaknya.

















Lepas makan aku singgah minum di Kedai Kopi Tepi Masjid atau dulu di panggil Kedai Tok. Kedai ini memang antara favourite singgahanku mencari ketenangan lebih-lebih lagi waktu peringkat awal ibu_suri di serang Ahmar. Kedai ini kini diurus oleh anakcucu pemilik kedai asal.

Hasrat nak minum sambil baca Harakah tak kesampaian sebab stok masih belum sampai. Lambat pulak datangnya Harakah edisi Isnin kali ini. Mungkin lewat kerana nak cetak isu-isu Himpuan Blackout#505, fikirku.

Ramai orang. Aku ambil meja kosong hampir dengan jalan. Sambil minum dan makan cucur kegemaran, aku memerhati gelagat pasangan di hadapanku. Umur mereka mungkin 30~40an. Tatkala makanan sampai, kelihatan lelaki itu mengangkat tangan kirinya dan membaca doa makan ( aku agak ) lalu menggaul nasi juga dengan tangan kiri. Sambil menyuap ke mulut juga dengan tangan kiri, mulutnya sibuk bercakap dengan isterinya ( kemungkinan besar ). Isterinya yang hanya memesan air teh  mendengar dengan penuh tertib.

Tentu ada sebab kenapa dia makan dengan tangan kiri, fikirku. Sambil makan sesekali dia menghisap baki makanan dijejarinya. 

Kemudian kelihatan tangan kirinya mengangkat tangan kanannya ke peha. Hmm... Nak kata tangannya lumpuh... tak pasti. Melihat dari bentuk jari dan tangannya agak berlainan dari biasa.

Apapun, aku kagum. Pertamanya kerana melihatkan dia menjalani hidup di atas muka ini seperti manusia sempurna yang lain. Ada isteri, ada pekerjaan malah mungkin lebih baiknya dia ialah seorang yang warak dan menjaga sunnah. Keduanya ialah kerana mempunyai isteri yang aku kira cukup baik, solehah dan menerima suami seadanya. Satu lagi tazkirah terbaik untuk aku pagi ini...

Aku tidak menunggu lama. Sehabis saja kopi Radix yang aku minum, aku beli sedikit makanan berupa kepala ikan, sayur dan nasi kosong. Aku tahu, ibu_suri tentu lapar kerana belum makan sejak dari aku keluar tadi. Mintanya supaya aku masakkan sayur kacang panjang yang kami beli dari seorang pak cik yang menjaja di Petronas Kepala Batas semalam nampaknya terpaksa aku tangguh. Malam ni, kalau rajin... aku masakkan untuk dia. Kalau rajin la..he..he..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dua hari ni, rasa pedih mata bila keluar rumah. Udara pun berbau terbakar. Nak keluar ngeteh pun dah tak lalu.

Pemerhatian kita terhadap kehidupan orang sekeliling, kalau dilihat pada sudut positif, langsung akan buat kita bersyukur.

insan marhaen berkata...

sm botak,
IM cuba bersikap seperti lebah dan menjauhi sikap seekor lalat...