Sabtu, 8 Jun 2013











Meminati lagu-lagu nyanyian Ebiet G Ade ini sebenarnya sudah lama. Lama sejak di IKM lagi.

Di asrama 3 tingkat itu selain di diami oleh pelatih dari Semenanjung, ada juga yang datang dari Sabah dan Serawak tajaan Yayasan negeri.

Aku selalunya lepak di bilik kawan baikku Aziz ( dari Melaka ) disetiap kali habis kuliah. Ntah kenapa, aku malas nak lepak di bilik sendiri yang kebanyakannya adalah pelatih senior  dari Kelantan.

Di bilik Aziz ini ada beberapa pelatih dari Sabah dan Serawak. Mereka inilah yang disetiap kali ada di bilik akan memutarkan lagu Ebiet G Ade menggunakan mini-compo mereka. Hari-hari telinga aku disogokkan hingga akhirnya aku menjadi ketagih mendengar lagu-lagu Ebiet yang memiliki seni muzik, lirik dan penghayatan yang tersendiri. Bila aku dah keluar bekerja, berkahwin dan tua-tua begini, masih tetap meminati lagu-lagu beliau yang sebelum ini aku tak pernah kenal pun sepertimana kenal Borery Marantika maupun Bob Tutupoly.

Di zaman pemain keset masih menjadi pilihan peminat muzik, aku memiliki hampir semua album Ebiet sedari volume 1 hinggalah keluaran terkini masa itu. Beberapa album antaranya adalah keluaran asli dari penerbit asalnya di Indonesia.

Aku memang meminati puisi dan muzik sekaligus. Jadi, situasi ini memang menepati citarasaku yang semasa itu jiwan-jiwang. Bila dah bekerja dan kenal realiti kehidupan dan dakwah aku alehkan sedikit ke arah meminati lagu-lagu berunsur ketuhanan dan kemasyarakatan. Dan lagu-lagu Ebiet masih menepati citarasaku dan kekal menjadi lagu-lagu kegemaran.

Semasa tinggal di rumah sewa 2 tingkat (Solok Mahsuri 5, Bayan Baru) bersama kawan-kawan, aku diam di satu bilik sendiri. Kawan-kawan aku secara berseloroh selalu berkata;

"Kalau ada dengar lagu Ebiet dalam rumah ni maknanya IM dah balik kerja."

Aku perasan, antara yang tegar sama seperti aku adalah blogger http://sufina2008.blogspot.com/  Sayangnya, ntah kenapa aku dah tak boleh akses lagi untuk membacanya...

2 ulasan:

kak ja berkata...

blog saya i Allah akn dibuka balik bila sy sihat nnt..

sesgghnya kita sama2 peminat tegar Ebiet!! sy pula mula kenal ebiet n lagu2nya bila abg ipar sy (masih bf kakak sy pd masa tu) slalu psg dlm kereta..

smpai skg msh tersgt asyik klu dgar Elegi Esok Pagi..

brgkali d tgh telaga
ada tersisa butiran cinta
dan semoga kerinduan ini
bkn jd mimpi di atas mimpi

Unknown berkata...

Sdr IM,

Usia bertambah,namun minat terhadap lagu-lagu puitik seperti ini seperti tiada kesudahannya.