Ahad, 21 Julai 2013

Hujung Waktu Ini

Hari-hari berpuasa ini waktu luang bagi aku amat pendek. Terkocoh-kocoh dan terfikir-fikir.

Hujung waktu kerja aku mesti fikir apa menu yang perlu disedia dan di mana perlu aku beli untuk berbuka puasa kami berdua tatkala balik nanti. Malam pula selepas selesai sembahyang, perlu gegas pula membuka laptop dan mencari bahan, menyusun dan menulis untuk blog TKM 1 Pulau Pinang yangmana aku adalah author. Hingga kekadang, blog aku sendiri terabai.

Menjelang 12 malam tergesa-gesa pula ke gerai di Permatang Tok Elong untuk membeli juadah sahur. Kedai ini yang berhampiran gerai buah-buahan. Hanya dibuka pada tengah malam dan tutup selepas waktu sahur. Di hari-hari biasa dibuka hingga tengahari esoknya. Makanan yang dijual memang baru diangkat dari dapur. Panas, pelbagai menu dan sedap rasanya. 

Namun sepanjang Ramadhan ini hati aku tidak pula 100% gembira. Ia sering diserbu oleh keresahan menjelang odit SIRIM yang akan berlansung pada 29 Julai ini.

Kekadang makan atau bawa ibu_suri berjalan-jalan pun dengan rasa jiwa yang kosong dan ntah di mana.

Sesekali terfikir, ini baru nak menghadapi odit SIRIM. Agaknya bagaimanalah keadaan diri aku jika menghadapi tarikh aku dioditkan oleh Tuhan, jikalah ditakdirkan aku tahu akan tarikh akhirnya aku ini? 

Sesekali, rempah ratus keresahan ini di tokok pula dengan memikirkan nasib Akhmal - bilamana dia keluar nanti, Along - yang masih membujang dan Angah - yang nampaknya masih terumbang ambing kewanganya.

4 ulasan:

ANIM berkata...

Rasanya IM, kalau kita tHu tarikh kita diaudit oleh Pencipta kita, mau tak kerja, tak makan, tak keluar mana. Duduk atas tikar sembahyang aja. Ada hikmah tu disembunyikan supaya kita sentiasa bersedia.

P/s mudah2an ramadhan 1434H membawa kerberkatan dlm hidup IM dan keluarga. Lepas bebas dari semua masalah yg ada. Amin...

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu la tuhan ghaibkan pengetahuan kita daripada tarikh sebenar audit yang tu.

hrusli61 berkata...

Buat apa yang boleh dibuat dengan baiknya. Kemarin sudah pergi dan esok belum pasti. Tumpukan hari ini jalankan tugas dan tanggung jawab yang aulawiyat (yang utama).

JR berkata...

Anggaplah tahun ini Ramadan terakhir buat kita dan oleh itu cuba lakukan yg terbaik untukNya...