Sabtu, 10 Ogos 2013

Gerak Hati



Dah 3-4 hari aku amalkan minum Jus Tok Guru. Aku dapat rasakan kesan positif ke atas diriku. Cergas dan mudah bangun untuk bersembahyang Subuh.

Hari ini Raya ke 3. Ikut plan asal aku sepatutnya ke Kampung Batu 3, Jalan Pahang, Tapah - beraya dengan mertua. Tapi situasi semalam buat aku rasa resah jika meninggalkan Akhmal di rumah sendirian.. seharian lagi untuk hari ini.

Namun kalau tidak pergi adalah tidak adil bagi ibu_suri yang rela mendahului berRaya ke rumah mak aku di Kampung Kepayang, Ipoh, semalam. 

Akhmal... Tapah.. Akhmal.. Tapah... berlegar-legar dalam benak.

Hurmmm... Mungkin pergi mandi dan sembahyang Dhuha terlebih dahulu adalah yang terbaik untuk aku sekarang ini. Kemudian berdoa di sujud terakhir. Gerak hati selepas bangun dari sejadah itu yang aku ikuti.

Selalunya bila otak ini sudah tepu dari membuat keputusan terbaik; membuat keputusan berlandaskan gerak hati selepas berdoa dalam sujud terakhir sembahyang banyak membantu. Aku percaya bahawa gerak hati  sebegini adalah petunjuk dari Tuhan!

2 ulasan:

hrusli61 berkata...

Salam alaik & taqabballahu minna waminkum. Ya benar mintalah petunjuk dari Allah SWT dan pasrahlah denganNya.

Selainnya kita tangani sebaik mungkin. Umpan setelah kita memilih melalui sesebuah jalan ke destinasi kita ikut ikuti rentak jalan dengan bijaksana. Bila selekoh kita sekeloh dengan cermat. Bila lampu merah kita berhenti dengan selamat. Apabila jalan berlobang kita perlahankan kenderaan dengan hati-haiti.

Aku ini pun hampir sama dengan hang kadang-kadang bawa kereta tidak sabar. Bab anak tadi siapa ada anak mereka tahulah ada seribu satu ragam. Mungkin ada satu dua yang menguris jiwa kena cari penawarnya agar tidak melarat-larat dan menghilangkan keceria jiwa.

Aku ini pandai cakap aje.

insan marhaen berkata...

Benarlah.. Kita ini diujudkan oleh Allah maka Allahlah yang akan memberi petunjuk.

Kekadang perjalanan kita sama cuma simpangnya berlainan. Akan tetapi destinasi kita masih sama - kejayaan hidup di bawah redha Tuhan.

Semua orang punyai masaalah dalam hidup. Kekadang masaalah beberntuk kepayahan lebih baik berbanding dalam bentuk kesenangan kerana kepayahan membuat kita ingat dan dekat pada Tuhan!