Selasa, 19 November 2013

Izzack - Mahir Melapah dan Muay Thai

Bebaru ini sebuah klip video tentang seorang budak yang mahir melapah lembu korban bertebaran di FB. Anak itu bernama Mohd Izzack, anak saudara kepada ibu_suri yang tinggal selang beberapa rumah saja dari rumahku.


Tak heranlah bagaimana dia begitu tangkas melapah yang jika aku sendiri sebenarnya terkial-kial. Bapa dan bapa saudaranya mempunyai kandang lembu dan selalu mengambil upah menyembelih dan melapah. 

Bapanya yang aku  panggil Zam mempunyai lesen menyembelih. Dan Izzack adalah anak sulong dari 3 orang anak-anaknya yang kesemua adalah lelaki. Mereka selalu memanggil aku dengan panggilan Tok Ayah. 

Izzack, disamping pandai melapah juga pandai dalam seni Muay Thai. Boleh ikuti FB Izzack di sini.

Izzack (kanan) dan adiknya

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kelebihan itu tidak memerlukan dia belajar di universiti, kan? :)

ANIM berkata...

kemahiran itu diperolehi dari pengalaman dan persekitaran. sepupu2 suami yg muda pun pandai melapah. depalah yang bantu kami masa buat korban baru ni. cekap dan pantas.
tapi si kecil izzack ni lagi muda bebenor..

p/s mudah2an lepas ni izzack boleh jadi tukang sembelih

JR berkata...

Saya ni walau dah veteran, tapi masih terkial2 melapah....Tahniah kpd Izzack, kecil2 dah begitu cekap melapah. Asal jangan melapah daging mereka yg bertanding muangthai dengannya sudahlah...

makchaq berkata...

Memang nampak mahir sungguh dia melapah... teruja makchaq tengok cara dan kecekapan dia pegang pisau dan tarik kulit lembu tu...

LadyBird berkata...

kemahiran yg jarang dimiliki org.. berkat rajin n suke tlg ayah :D