Isnin, 9 Disember 2013

Melihat Butir-butir Hujan Yang Jatuh...

Walaupun Angah menawar diri mahu tolong bayarkan bil cukai pintu di pejabat MPSP di Perda, aku menolak. Ini tanggungjawapku. Biarlah aku yang selesaikan. Tak mahu menyusahkan anak-anak. Lagipun, banyak rahsia aku yang tak sepatutnya di dedahkan kepada anak-anakku. Mereka tak perlu tahu bahawa bil cukai pintu MPSPku tertunggak sekian banyak hingga menerima surat amaran.

Aku ambil cuti separuh hari. Tak siapa tahu. Tidak Angah. Tidak juga ibu_suri.

Aku tiba di pejabat MPSP jam 2 petang. Ramainya orang. Beginilah hari-hari agaknya. Aku dapat nombor giliran yang ke...


Huuuu... kurang lebih kena tunggu giliran ke 100. Tunggu jugalah. Nak buat macamana. Lenguh duduk aku berdiri. Letih berdiri aku berjalan.

Jam 4 selesai bayar bil. Nasib baik permintaan aku untuk melunaskan minimum bayaran yang tertunggak itu dilayani. 

Aku pun menuju ke R&R Juru. Nak sejukkan minda di sana. R&R Juru adalah salah satu dari beberapa port yang aku suka lay-park bila jiwa terasa runsing. Baca Harakah sambil minum Radix dan makan 2 keping karipap gajah.

Lepas solat Asar di surau R&R, aku bergerak keluar lebuhraya. Aku nak ke Tasik Mengluang untuk riadah. Aku jangka akan tiba di sana jam 6, sesuailah masanya untuk itu. Langit gelap disertai angin. Itu tanda hujan tak lama lagi akan turun. Aku tawakkal saja.

Di Tasik Mengkuang, orang tak ramai. Angin semakin kencang dan rintik hujan jatuh di cermin kereta. Aku ambil trek pendek. Jalan cepat dan semakin cepat. Cuma pakai selipar, seluar slack dan kemeja. Itu pakaian kerja. Aku memang tak rancang untuk ke sini pada awalnya.

Sebaik selesai riadah, hujan turun punyalah lebat. Aku singgah di kedai tepi Masjid Kubang Semang. Makan sedikit nasi. Hujan masih turun dengan lebat. Sambil makan, aku renung butir-butir hujan yang berjatuhan. Teringat ibu_suri di rumah. Ntah bagaimana dia. Ntah bagaimana Akhmal....

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah SWT melindungi mereka dan kita juga. Amin.

NzA berkata...

Itulah IM.......jiwa dan hati kita akan sentiasa mengingati insan2 tersayang......

JR berkata...

Saya tak pernah terlupa bayar cukai pintu, takut balik rumah pintu kena 'seal' naya pula nanti, kena pula tidur di masjid....

Kamsiah yusoff berkata...

menunggu dibank2,kaunter2 sgt2 membosankan..lbh2 lg kalau pi sorg2,takde kawan bersembang...