Rabu, 15 Januari 2014

Langgar Pantang

Aku ambil emergency leave hari ini. Bawa ibu_suri buat pemeriksaan fundus di Klinik Kesihatan Seberang Jaya. 

Mulanya aku pun tak tahu apa ke bendanya fundus tu. Rupanya pemeriksaan mata. Agaknya penghidap diabetis memang kena periksa mata secara berkala.

Semasa aku tunggu mata ibu_suri diperiksa, aku terbaca satu kenyataan di dinding bilik. Rupanya, diabetis adalah salah satu punca sesaorang boleh diserang stroke.

Aku masih ingat semasa ibu_suri berulang alik ke klinik bila kekadang sakit kepala, Dr Hashimah yang dimasa itu merawat ibu_suri ( Dr Hashimah adalah kawan baik ibu_suri juga di dalam NGO ) ada mengingatkan ibu_suri supaya jaga-jaga terhadap kandungan gula dalam badan.

"Tahap gula awak dalam badan agak membimbangkan juga. Buat masa ni masih paras ok. Tapi kena jaga-jaga. Jangan sampai ada gula dalam darah."

Tapi ibu_suri memang jenis lengai*. Bila sakit rajin makan ubat. Bila terasa dah sihat mula culas. Akibatnya.... macam hari inilah!

Melihat kenyataan itu di dinding aku pula ikut bimbang. Bimbang dengan diri sendiri. Ntah tahap manalah gula yang ada dalam badanku ini. Semenjak 2 menjak ni, aku dah mula dah tak tahan daulat. Banyak kalinya melanggar pantang pemakanan...


*lengai - alpa

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik pun rasa cemuih sangat nak makan ubat!

mario berkata...

gula bole cek dgn cek yg simple je kat klinik...cubalah g...

JR berkata...

Di rumah saya dah jadi macam klinik. Ada alat periksa tekanan darah dan alat periksa tahap gula dalam darah. Ini kerana mak mentua merupakan pengidap daibetes kronik, perlu cucuk insulin 2 kali sehari. Yg susahnya dia juga jenis suka langgar pantang..Nak tegur takut kecik hati...

NzA berkata...

semakin bertambah usia semakin terasa badan xsecergas dulu....

Nor Azimah Ali berkata...

dah sunnatullah, menjadi tua, sakit dan mati...