Selasa, 14 Januari 2014

Street Dakwah

Tercatuk di kaki lima Summit, Bukit Mertajam tatkala jam dah hampir 9 pagi. Sesekali ada rasa gementar sebab tak pernah join program Street Dakwah ini. Pernah aku dengar mereka membuat kursus asas tapi tak berminat nak hadir. Cuma ntah kenapa bila semalam blogger JH bertanya;

"Esok hang nak join silat Gayong berarak di Padang Kota?"

"Jauh sangat kot. Susah nak tinggalkan ibu_suri di rumah sendirian."

"Hang masih ada simpan selepang dulu?"

"Ada. Selepang dan tali pinggang. Cuma baju hitam je dah lusuh."

"Tak pun, join lah IKRAM buat Street Dakwah di Summit."

Hmmm... betul juga. Koodinatornya ialah Roesli. Aku memang senang bekerja dengan Roes. Dia seorang yang hebat bagiku di dalam kerja-kerja dakwah.

Ramai yang hadir. 50 orang lebih. Rata-ratanya tenaga muda. Seronok melihatkan komitmen mereka.

Di bahagi kepada 5 kumpulan, aku dan 3 orang lagi berjalan di kawasan sekitar bangunan MARA. Kembara dakwah di jalanan ini mengajar aku beberapa teknik untuk approach apa yang disebut mad'u. 

1. Kena cari individu yang bukan kalut nak membeli atau berurusan. Cari yang sedang duduk menanti pelanggan atau seseorang.

2. Memahami mereka. Jika bangsa Cina, ucapkan selamat pagi atau Gong Xi Fa Cai.

3. Berbual dulu tentang apa yang relevan dengan beliau seperti barang yang dijual.

4. Perlahan-lahan masukkan isu apa yang nak kita bawa yakni memahamkan apa itu Islam dan Rasul yang diraikan hari lahirnya ini.

5. Jangan terpengaruh dengan isu sensitif terkini. Tinggalkan kalau agak kontrovesi.

taklimat program

mad'u Tionghua

mad'u India

Ianya satu pengalaman yang berguna. Namun sebenarnya, jujur aku katakan aku kurang selesa bekerja secara hemoih orang untuk 'jaja' sesuatu. Sama juga aku tidak suka join MLM bilamana ibu_suri dulu aktif dengan CNI. Aku tak pandai bercakap. Lebih suka terlibat dengan program perkhemahan atau mengurus program pentas.

Justeru itu aku salute dengan mereka seperti Roesli dan juga seorang lagi sahabatku yang lebih aku mesra dipanggil Bro Kamaruddin. Bakat mereka begitu versatile

5 ulasan:

Bearcat berkata...

Baru saya faham apa itu Street Dakwah.

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam IM,

ternampak newsfeed ust. firdaus wong dekat facebook tadi pasal street dakwah ni jugak..bagus la. :-)

JR berkata...

Saya juga tak begitu selesa dgn kerja2 yg memerlukan kita hemoih, mungkin kerana tak berkemahiran tinggi dalam seni mempengaruhi orang. Saya lebih suka bergerak di belakang tabir, buat kerja2 yg orang tak nampak tapi ada kesannya....

Nor Azimah Ali berkata...

hemoih pulak? apa tu, serius tak penah dengar.

macam kaedah tabligh la kan?

apa pun, semoga usaha kecil kita ada nilaian di mata Allah.

NzA berkata...

setiap org ada cara dan kelebihan tersendiri.....