Isnin, 12 Mei 2014

Emel

Dr Danialhttp://www.mindasuper.com/














Emel kelmarin:

From: Abu Hanifah A 
Sent: Friday, May 09, 2014 08:57

To: 'DZ CONSULTANCY'

Cc: Rusli H; abu hanifah jspt; Abi Hurairah; firdaus
Subject: RE: Minta Pandangan


Ntah macam mana, masa saya membuat 5S terhadap semua inbox emel saya tadi, saya terjumpa email di bawah ini dan tiba-tiba rasa terharu.

Sekarang ini ibu_suri alhamdulillah, banyak eloknya berbanding semasa emel di bawah ini saya tulis. Memang dari sudut kesihatan fizikal (diabetes dan hipertensi) beliau tetap sama dan susah nak di perbaiki namun dari sudut psikiatriknya boleh dikatakan ditahap mudah urus.

Cukup jika saya katakan bahawa kalau dulu seboleh-boleh saya tidak mahu balik ke rumah kerana tak sanggup nak berdepan dengan perangainya yang tidak logik dan entah apa-apa namun sekarang ini di sebaliknya. Dicampur dengan pengalaman saya bertahun-tahun menjaga beliau, rasanya saya boleh tangani emosi dia bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Ingin ucapkan terima kasih pada DD atas nasihat lepas. Dan sekarang ini saya pula seolah-olah menjadi tempat rujukan oleh sahabat-sahabat saya yang mengalami masaalah yang hampir sama dalam keluarga mereka. Perkataan asas saya terhadap mereka ialah: pesakit ini perlukan seseorang untuk menguruskannya. Dan seseorang itu perlu kuat mental dan jiwanya. Perlu kesabaran, kepasrahan dan daya serap pada tekanan yang tinggi.

Sekarang, saya boleh :-)

Sekali lagi terima kasih pada DD!


~hafinah~




Emel sebelum itu:

From: DZ CONSULTANCY [mailto:dzcsyifa@streamyx.com] 

Sent: Saturday, May 08, 2010 14:53

To: Abu Hanifah A
Cc: Rusli H; abu hanifah jspt; Abi Hurairah; firdaus
Subject: Re: Minta Pandangan


Salam. Semoga Allah mempermudahkan.

Kes ini kes psikiatrik dan ibu suri kita anggap sebagai pesakit.

Pesakit akan terus sakit dan mendatangkan masalah malah bencana jika dibiarkan.

Ibu Suri bertindak seperti yg diceritakan kerana penyakitnya dan rawatannya tidak mencukupi.

Ya ikutlah cadangan pakar dan jika perlu pilihan ke2 diambil. Anggap ini sebagai proses rawatan ke arah seperti normal. Semoga Abu bersabar dan saya akan doakan utk Abu.


DD



Ianya bermula dari Emel yang ini:

----- Original Message -----
Sent: Friday, May 07, 2010 5:04 PM
Subject: Minta Pandangan

Salam,

Maaf kerana menguna masa DD untuk membaca dan sekaligus memerlukan pandangan ikhlas dari DD sebagai sahabat, Doktor dan pengalaman menangani insan bermasaalah saikologi seperti ibu_suri.

walaupun sebenarnya saya lebih selesa berjumpa dan berbioncang dengan DD secara 4 mata tetapi masa saya terbatas untuk berjumpa DD. jadi saya  fikir secara emel pun diharap dapat membincangkan masalah saya ini.

Tak tahu hendak memulakan cerita dari mana tentang permasaalahan saya ini.

Akhir-akhir ini jiwa saya amat tertekan dengan sikap ibu_suri yang bukan-bukan. 

1. ibu_suri beria-ia mahu buka tadika. sasarannya sekarang ialah rumah lama yang pernah disewa oleh Fairus ( mantan TKM1 ) untuk dijadikan tadika. saya diminta untuk berjumpa dengan tuan punya rumah itu yang bertugas sebagai cikgu di Sek Men Mengkuang untuk berbincang hal-hal sewaan.

2. ibu-suri juga menyuruh saya  menulis surat permohonan untuk membuat pinjaman dari koperasi pelaut pulau pinang ( ibu menjadi ahli ).

3. dia juga hendak berjumpa dengan Puan Aliza Jaafar - isteri Abu Urwah (YB Hulu Kelang) untuk meluahkan perasaanya tentang sikap sesetengah ahli JIM yang tidak disenangi. ahli JIM yang dimaksukannya itu ialah beberapa ahli lembaga pengarah Tadika Amal Rintis JIM SPT tempat ibu mengajar sebelum dia jatuh sakit.

4. dia juga mahu berjumpa dengan Lim Guan Eng atau Dr Mansor untuk memohon peruntukan dari kerajaan negeri bagi membuka tadika baru.

5. ibu juga pernah berjumpa dengan ketua wanita PKR Bahagian Permatang Pauh untuk meminta dibuat satu bilik khas untuk kaunseling. ibu_suri akan menjadi kaunselor dengan tujuan menolong orang ramai yang mempunyai masaalah.

Hari rabu lepas saya ada berjumpa dengan doktor psikiatrik HBPP ( ibu regular checkup di sini ). saya ceritakan masaalah ibu yang keterlaluan. dipendekkan cerita doktor pakar di situ membuat 2 pilihan;

1. tukar ubat baru dan lihat perkembangannya dalam masa 2 minggu.

2. jika tindakan di atas tidak memberi kesan positif, dia sarankan ibu di tempatkan di pusat rawatan Jalan Perak.

saya hampir-hampir setuju untuk tindakan yang ke 2 itu bila mengenangkan tekanan perasaan yang terpaksa saya tanggung selama lebih 3 tahun saya menjaga ibu_suri sejak dia sakit dan nampaknya seperti tak berpenghujung. anak-anak saya juga bersependapat dengan saya bila mereka melihatkan saya selalu mengadu sakit badan dan rasa hilang tumpuan diri bila di leteri ibu_suri.

saya pernah dibaling dengan pisau atau pinggan/cawan makanan bila masa ada isu yang dia tidak setuju dengan saya. paling baru ialah dia baling talipon rumah kerana marahkan saya lambat beri dia makan ubat.

Saya sudah 2 kali berjumpa dengan klinik panel kilang kerana mengalami sakit-sakit pada otot dada. mulanya saya tak tahu. rupanya doktor kata saya mengalami muscle pain akibat stress. '


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tak sangka rupanya aku masih menyimpan emel ini yang akhirnya aku anggap sebagai sebuah catatan berharga.

Tak sangka sekian lama aku menjaga kebajikan ibu_suri dan mengambil keputusan yang tepat untuk terus menjaganya dengan tangan sendiri daripada menyerahkan beliau ke Pusat Rawatan Psikiatri (Pesakit Mental) di Jalan Perak.

Tak sangka hasil dari kesabaran dan ketabahan ini.... begitu manis!

Syukran!

8 ulasan:

shaliza berkata...

Salam...sangat besar pengorbanan IM:-)

shaliza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
JR berkata...

Saya amat malu untuk mengakuinya bahwa jika saya berada di tempat IM mungkin saya tak setabah IM... Syukurlah IM memilih jalan yg betul dan syujurlah Allah menunjukkan jalannya...

Bearcat berkata...

IM, Allah menguji setiap hambaNya untuk mempertingkatkan ketakwaan hambaNya itu. Syabas! IM telah menghadapi ujian itu dengan baik. Moga syurgalah tempatnya untuk IM sebagai seorang suami mithali yang amat sukar untuk dicari di zaman ini.

radziah AR berkata...

sabarnya seorang IM. saya sangat kagum dengan kesabaran dan ketabahan yg ada pada IM. Semoga menjadi panduan untuk saya...

BungaTulip berkata...

Salam Pak IM..
Hujung minggu baru-baru ini saya juga menjaga emak yang sakit. tak lama cuma 5hari 4malam. kebetulan kakak yang biasa menjaga emak pergi bercuti..memang kita perlukan kesabaran serta kekuatan fizikal dan mental. saya sematkan dalam diri dia emakku..syurgaku di bawah telapak kakinya.bahagiaku jua atas redha seorang emak..semoga IM terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menjaga ibu_suri

sud@is berkata...

Hebat Allah kurniakan ketabahan pada hambanya yang sorang ni...
1 daalm 100 pun payah rasanya...

semoga diberi lebih kekuatan dan juga kesembuhan pad isteri tercinta

ANIM berkata...

doa saya mengiringi IM..
maaf, lama tak menjengok sini..
sibuk bebenar akhir2 ini