Ahad, 27 Julai 2014

Rendang Ayam Perak

Sedang memasak rendang. Aku ikut resispi blogger Teratak Bunda kat sini. Tak tahu nak jadi macam mana nanti. Tapi baunya... semerbak. Masaalahnya sat lagi ni, nak memastikan cukup rasanya itu, bagaimana?

Masa aku membeli bahan-bahan rendang kat kedai tadi, ibu_suri banyak sangat soalan;

"Tak guna bawang putih ke?"

"Kerisik tak beli?"

"Tak bubuh asam ke?"

Errr... Ini rendang Negeri Perak. Aku tahu sebab ada hirisan daun kunyit di akhirnya. Mak aku biasa buat untuk aku dan adik-adik begitu.

Memang simple saja resispi Teratak Bunda ini berbanding resipi Dapur Tanpa Sempadan yang aku ikut Raya lepas. Jenuh cari bahan ramuannya kat kedai.

Cuma yang silapnya aku tak perasan pekerja kedai itu memotong ayam dengan potongan 12. Sepatutnya potongan 18. Jadi, apa yang berlaku... ketul ayam rendang aku besar-besar. Apa boleh buat. Kira ok la tu!

Sambil gantung langsir, sambil kemas bilik, sambil bagi arahan kat Along:

"Along, tolong ayah tumbuk cabai kering dengan kelapa parut, ya!"

"Kenapa tak guna blender ayah? kan senang!"

"Tumbuk lagi sedap. Tak caya, tengoklah nanti."

Tak lama...

"Lenguh lah ayah. Blender ajelah, ya!"

Aku segera henti vakum siling lalu terus ke dapur.

"Mai ayah buat. Susah sangattt...."

Gitulah selalunya aku. Tak mahu banyak seghongeh.

'Halia, potong memanjang macam ni ( sambil merujuk resipi Teratak Bunda kat laptop ). Daun kunyit buat macam ni. Serai hiris takat umbi saja. Batang kat atas tu tak payah la.'

Kalau ibu_suri yang kononnya nak tolong, tapi aku pulak yang kena bagi panduan. Kesan stroke dulu memang banyak membuatkan dia lupa atau tidak tahu banyak perkara. Doktor pun memang  mengakui begitu. Walhal dulu, bab memasak, ibu_suri memang kelas. Kawan-kawan aku ramai puji malah kalau ada program NGO kami, ibu_surilah yang akan jadi master cook.

Mula memasak jam 3 petang. Jam 4.30 baru siap.... Ni diaa.... jeng..jengg...


Sedap atau tidak..... Berbuka nanti baru tahu!.. Ya Allah ya Tuhanku.... Sedapkanlah rendang ayamku!

Rendang

Akhmal dibebaskan oleh mahkamah Jumaat lepas. Walaupun keputusan itu sedikit menyentotkan perasaan dan perancangan Rayaku, tapi aku terima dengan penuh keredhaan. Aku percaya, tentu ada hikmah dari Allah atas segala takdir yang berlaku.

Along juga ada balik. Dia cuti seminggu. Tidak pernah rasanya dia bercuti sepanjang ini. Katanya, nak tolong aku kemas barang-barang lama dalam setor. Memang betul pun. Dalam setor belakang bilik dia tu, serba mak nenek punya barang ada. Malah ada yang bersentuh sejak aku pindah ke rumah ini.

Tadi, semasa hendak pergi servis kereta di Perodua kerana dah cukup 20 000 km, ibu_suri bertanya lagi;

"Nak tak buat rendang ni?"

Aku tahu, itu satu permintaan bertaraf arahan; bukan pertanyaan sesaja.

Sesekali fikir, ada bagusnya kalau tradisi tahun-tahun lepas itu aku teruskan di Raya tahun ini. Persis rendang ayam itu bagai sesuatu yang akan memeriahkan suasana Raya dalam keluargaku. Aku pandang secara positif kehendak ibu_suri itu. Cuma yang jadi kemalasan aku ialah... yang nak fikir bahan yang perlu dibeli itu - aku. Yang nak pi beli itu juga - aku. Yang nak memasak itu juga nanti - aku.

Nak kemas rumah, basuh langsir, tukar sarung kusyen, sapu depan rumah, sapu sawang dan vakum karpet, nak sediakan juadah raya, juadah berbuka, juadah sahur - aku.

Sudahnya tadi, aku tertidur di ruang tamu. Bukan sangat kerana letih atau puasa tapi kerana tak tahu nak mula dari mana.

Nak balik kampung Hari Raya keberapa pun jadi isu. Beriya-iya ibu_suri suruh balik Raya pertama ( aku tahu itu kerana Angah balik hari itu membawa cucunya ) sedangkan aku cenderong balik raya ke2 kerana adanya Akhmal di rumah. Akhmal memang tak mesra sangat dengan keluargaku di kampung malah keluarga mertuaku di Penang pun. Dia ni lain sikit fe'elnya.

Angin juga aku tadi di dalam kereta pabila cuba memahamkan ibu_suri kenapa aku cenderong untuk balik raya ke2. Ntahlah, nanti bila tiba masanya aku akan buat keputusan. Aku ni jenis tak mahu banyak sangat berdebat atau berkeras. Aku terdidik oleh mak aku sedari kecil, lebih banyak bertolak ansur. Dek banyak sangat tolak dan ansur inilah kekadang aku tersungkur!

Rabu, 23 Julai 2014

Balik Raya

Beriya-iya Angah ajak aku berkonvoi balik kampung sehari sebelum raya atau hari melemang kalau ikut istilah orang Perak.

"Tengoklah dulu keputusan mahkamah tentang Akhmal Jumaat ini bagaimana."

Aku minta Angah hadir ke Mahkamah Mejestrit Bukit Mertajam, Jumaat ini sebagai mewakili aku. Aku tak mahu ambil cuti kerana tak mahu mengganggu proses pemberhetian kerjaku (MSS) yang tak lama sangat lagi ini. Lagipun aku perlu sudahkan saki baki kerja terbengkalai menjelang odit SIRIM pada 5~7 hb depan.

"Kalau Akhmal diputuskan untuk di hantar ke Pusat Pemulihan, ayah akan ikut kamu balik tapi jika sebaliknya, ayah perlu berHari Raya di rumah kita. Hati Akhmal juga perlu dijaga. Dia tidak betah berRaya di kampung. Kamu tahu sendirilah, kan!" terangku lagi.

Lagipun, untuk bermalam di rumah mak agak menyusahkan ibu_suri. Katil yang ada di rumah mak tidak berapa sesuai. Ke bilik air juga agak menyulitkan. Biasalah, rumah sendiri walaupun serba kekurangan berbanding rumah orang, ianya tetap pilihan terbaik kita. Kata orang, hujan emas di negeri orang; hujan batu di negeri sendiri, tetap kita memlih negeri sendiri. Sebab itu, sejak ibu_suri mengalami sindrom psikiatrik ini aku selalunya balik hari saja. Malah kekadang boleh dikira jamnya.

Ramai kawan-kawanku berkata...wah, IM bestlah. Dapat beli baju raya baru nanti sebab dapat durian runtuh. Aku hanya menjawap... 

"Pakai mana yang ada. Bab pakaian ni aku memang tak kisah sangat. Apa yang ada dah mencukupi walaupun sedikit lama."

Senang kalau jadi orang macam aku kan... Makan pakai tak berkira sangat! He..he..

Lega

Terbangun jam 2.30 pagi bila ibu_suri kejutkan aku sebab pendingin hawa tak berapa sejuk. Memang tak berapa sejuk lewat hembusan angin yang keluar terasa kurang terjahannnya. Dek memikirkan bahawa siang nanti akan lebih ketara ketidakselesaan ibu_suri, aku ambil berus dan mencuci blower pendinginhawa itu.

Aku tertidur semalam selepas berbuka. Tak tahu kenapa, ibu_suri pun tak pula kejutkan aku untuk beli juadah sahur sebagaimana selalunya. Atau mungkin dia cuba kejutkan aku tapi aku tidur mati.

Aku mula fikir nak makan apa sahur nanti. Apa-apapun, aku tanak nasi dulu. Mungkin bangun jam 5 nanti, masak telur dan makan nasi berkuahkan kicap sahaja. Kalau gitu, beras nanti biar lebih sikit airnya supaya kelak nasi agak lembut. Ah... menu yang sihat nampaknya nih. Tapi di hujung-hujung Ramadhan begini kekadang sahur begitu lebih menyelerakan.

Aku dah sign notis perberhentian kerja atau MSS semalam. Terasa lega sebab bila keputusan telah dibuat, Senang untuk bergerak ke langkah seterusnya selepas ini. Yang lebih penting ialah untuk adakan mesyuarat Jawatankuasa Surau supaya perlantikan barisan kepimpinan baru dibentuk.

"Boleh nampak wajah hang ceria saja la ni berbanding tadi pagi," ujar JH. Ha...ha... Begitulah yang dikatakan sahabat baik. Boleh baca apa yang ada di raut muka yang juga menggambarkan apa yang ada di dalam hati.

Aku serahkan kepada Allah akan apa yang bakal berlaku kepada diriku selepas ini. Selepas hampir 32 tahun aku bekerja di RENESAS. Satu tempoh bekerja yang aku kira cukup panjang dan penuh cabaran. Hinggakan generasi baru yang datang berjumpa aku semalam pun terkejut... Wah, IM mula kerja sini... kami belum lahir lagi!

Tapi aku masih terkilan sebab sahabat baikku (dunia dan akhirat) yakni JH masih belum dipanggil untuk temuduga sepertimana aku minggu lepas. Aku harap rezeki dia tetap ada. Samada dia mahu terima seperti aku atau tidak itu adalah keputusan dia.

Masing-masing lebih tahu kondisi diri masing-masing dan keputusan itu sendirilah yang buat...

Isnin, 21 Julai 2014

Rezeki yang cantekk...

Aku rasa, esok adalah masa terbaik untuk aku berjumpa dengan pihak HR bagi menyatakan penerimaan aku terhadap tawaran MSS. Kalau ditangguh akan banyak kerja tergendala. Minggu depan dah sibuk nak Raya. Minggu lagi satu pulak odit SIRIM. Lepas odit, aku kena ucap selamat tinggal kat tempat kerjaku - RENESAS!

Perkara pertama yang aku kena buat ialah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa surau untuk melantik Pengerusi Surau yang baru. Aku bercadang untuk membuat lantikan Setiausaha dan Bendahari juga. 

Kemudian aku perlu clearkan semua hartaku di dalam ofis. Bawa hard disk untuk salin semua bahan perlu ke dalamnya. Disamping membawa pulang dokumen, sijil dan nota. Selama aku bekerja di Calibration Lab ini, aku sudah menghadiri 2~3 kursus berkaitan calibration. Paling baru ialah kursus ISO/IE 17025 yang melayakkan aku sebagai competen  calibration personal.

Lepas berbuka aku menalipon mak, memaklumkan hal tawaran ini. Positif saja respon dari mak sedangkan sebelum ini mak pernah beritahu aku supaya terus bekerja selagi terdaya. Agaknya, pengalaman abah yang masih perlu menyara hidup walaupun dah pencen membuatnya memberi peringatan itu pada aku.

Bos aku tadi tetiba datang kepada aku dan membuat tawaran;

" Kalau I offer you sambung kerja for 1~2 months, ok ka? I mau you TT semua pasal calibration pada orang baru?"

Aku sengih saja. Arghh.... satu hal pula aku kena fikir. Aku tahu, bos aku ngelabah kerana orang-orang lama di bawahnya ramai yang ditawarkan seperti ini. Kalau semuanya terima tawaran ini dan berhenti sekaligus dalam jangkamasa yang pendek, boleh sesak nafas bos aku nak cari pengganti.

Dalam hati aku selepas itu merasakan bahawa, tak usah tunggu lama lagi. 8hb.... caww... Pandai-pandailah yang tinggal itu untuk teruskan hidup. Ini rezeki yang canteekkkk....

Ahad, 20 Julai 2014

Ubah Mind Set

Maka ramailah yang memberikan pandangan bila tahu aku ditawarkan MSS. Rata-rata, pandangan mereka itu sama saja. Tidak kurang juga yang drastik... suruh minta pampasan lebih tinggi. Aku senyum saja malah adakalanya mendengar umpama rakaman ulangsiar. Tentunya aku lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku di sekelilingku.

Bukan main beriya-iya ibu_suri ajak aku ke Sungai Petani tadi. Nak beli kuih kat Fatimah Bakery, lokasi favouritenya sejak dulu. 

"Abang nak pi kerja. Banyak yang tak siap ni. Odit tinggal 2 minggu je nih!" getusku.

"No.. You nak I mengamuk?" 

Aku terdiam.

"Asyik-asyik kerja... kerja... kerja...!"

Aku segera ubah mind set. Aku ikut saja dia. Dah biasa cam ni. Kalau dulu, bila dia naik angin begini, habis barang yang berhampiran dengannya akan dibaling ke arah aku. 

Tapi memang pun, sejak akhir-akhir ini,  hampir setiap minggu aku pi kerja. Tak klem elaun pun. malas nak isi borang. Agaknya, hari ini aku perlu luangkan masa untuk dia. Dia sebenarnya faham masalah kerjaku tapi dalam masa yang sama dia tidak boleh mengawal emosinya minta disantuni.

Bila berada dalam mood ke arah akan berhenti kerja ini, aku dapat rasakan bahawa aku perlu ubah structure kehidupan. Maksud aku, bila sudah tidak bergaji lagi maka aku terpaksa hidup secara orang tak berduit. Cut cost pada yang tak perlu. Lantaran itu, aku rancang nak beli kuih yang harga murah sikit. Tak macam raya dulu, habis ratus-ratus ringgit untuk kuih raya saja.

Tak sangka rupanya aku kini berada di dalam kasut yang sama, yang ayah aku pakai bila dia pencen dulu. Dan baru kini aku faham perasaan itu, bagaimana!

Sabtu, 19 Julai 2014

Kad Merah

Sesekali fikir, tawaran pemberhentian kerja awal atau MSS ini seperti peluang keemasan. Seperti Allah itu tahu apa yang terbaik untukku.

Aku memang tahu bahawa terus bekerja di ofis sekarang ini akan lebih menjerat aku kepada pelbagai masaalah. Tentu aku sahaja yang tahu apa yang tidak kena dengan sistem kerjaku di sini, tidak orang luar hatta bos aku sendiri. Justeru, aku selalu berbisik pada diriku bahawa berhenti kerja adalah jalan terbaik. Sementelah aku pun dah di hujung usia. Anak-anak pun boleh dikatakan dah besar-besar, tiada sangat keperluan tanggungan yang membebankan.

Bayangkan, kalau mengikut kata pihak HR, jika aku terima MSS ini, mereka akan beri notis pada 4hb. 8hb adalah hari terakhir aku di syarikat ini. Begitu tergesa-gesa layaknya mereka mahu aku (dan khabarnya seramai 159 orang lagi yang diberi tawaran yang sama - semuanya adalah pekerja berumur 50 tahun ke atas) meninggalkan tempat ini.

Aku rasa ini peluang terbaik. Rezeki insyaAllah, ada dimana-mana selagi kita berusaha mencarinya.  Aku perlu yakin dan firm dengan keputusan besar ini.

Ya... Aku bercadang untuk berjumpa dengan HR minggu depan.

Sepanjang minggu depan aku akan sibuk dengan persediaan menghadapi odit SIRIM. Minggu lagi satu pula adalah minggu Hari Raya. Minggu yang lagi satu pula adalah minggu odit SIRIM (5~7hb Ogos). Tanggal 8hb ogos adalah hari yang aku akan berjumpa dengan kawan-kawan dan staf untuk mengucap selamat tinggal dan mengembalikan semua hak milik syarikat yang aku guna selama ini (uniform, lencana, kunci ofis). Tak pasti samada aku sempat untuk membuat mesyuarat jawatan kuasa surau untuk mencari pengganti aku selaku pengerusi. 

Memang begitu singkat notisnya.

"Macam pemain bola dapat kad merah; kena serta merta keluar padang," gurauku pada kawan-kawan yang senasib denganku di surau ofisku petang tadi.

MSS

Dua hari lalu, Bahagain Sumber Manusia tempat aku bekerja tiba-tiba memanggil. Aku diberi tawaran berhenti kerja atau diistilahkan sebagai MSS (Mutual Service Scheme) berfomula: 1 bulan gaji x tempoh bekerja x 0.5 skim persaraan.

Bukan aku saja tapi khabarnya 60 orang yang berusia 50 ke atas ditawarkan dengan apa yang diistilah oleh sebahagian mereka sebagai sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh syarikat kami sebelum ini. Tidak pernah!

Memang aku tak sangka. Sebaik saja keluar dari bilik A1 dimana aku ditemuduga, aku berdiri termenung sekejap di cermin bangunan menghala ke arah guard house melihat hujan yang kebetulan jatuh lebat. Persisnya aku ini seolah sedang melangkah ke satu perjalanan baru dalam hidup.

Boleh terima dan boleh juga tidak, kata bos aku itu, Mr Gan. Mulai hari itu, hebohlah aku dan kawan-kawan berbincang dan bercerita hingga demam SIRIM odit pada 5~7 Ogos ini seperti tak beri kesan apa-apa.

Apakah ini peluang atau sekadar gangguan? Perlukah aku grab atau lepaskan?

Kata Angah, aku perlu tulis dengan teliti segala kemungkinan di atas kertas. Kata Along pula, inilah masanya untuk ayah duduk dan berfikir tentang masa depan.

Aku tak sangka pula. Selama ini  aku berangan untuk berkerja hingga 2017. Lepas itu akan berhenti dan membuat kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Tiba-tiba gaji hari ini hingga 2017 itu, jatuh gedebuk bak durian runtuh di depan mata. Dan aku tidak perlu lagi datang bekerja; menjadi unnemployed person secara tiba-tiba saja dalam masa yang tiba-tiba juga.

Esok aku bercadang untuk talipon mak, 2 orang adik dan naqib usrah untuk minta pandangan. Dalam masa yang sama, aku terkenang sahabat baikku - JH yang masih belum dipanggil untuk temuduga atau mungkinkah namanya tidak tersenarai? Pilu juga hati ini mengenangkan jika ditakdirkan aku menerima tawaran ini. Aku tidak dapat lagi bersama JH ke tempat kerja seperti hari-hari sebelum ini!

Khamis, 17 Julai 2014

Kerja

Terasa dah jemu dengan kerja. Nak duduk saja di rumah.

Tengahari tadi aku ke Koperasi Pelaut kat Weld Quay. Ambil duit raya ibu_suri yang telah sekian lama menjadi  ahli koperasi. 

Berjumpa dengan seorang operator India di tempat kerja dulu. Dia dah pencen awal dari aku. Dia hulur tangan nak bersalam dengan aku. Teragak-agak aku dibuatnya dengan situasi spontan begitu.

"Awak tinggal sini?" soalku agak hairan. Sekian lama aku datang ke sini samada untuk ambil duit raya ibu_suri atau hadiri majlis anjuran Koperasi Pelaut, tak pernah pula terjembong dengan dia.

"Haah... I duduk kat flet atas. Sekarang I kerja kat kedai makan sini. Jadi cashier." Jawabnya sambil menuding jari ke kedai makan bersebelahan. Bau stanggi Hindu memang kuat menerjah hidungku. Tapi aku yang sudah biasa dengan bau begini bersikap seperti tidak ada apa-apa. Hidup di Pulau Pinang dengan juzuk kaum yang pelbagai ini memang kena terima hakikat kepelbagaian budaya dan agama.

Masih sihat dan cergas dia bagai dulu juga. Dia memang menghormati aku sejak dulu lagi. Dia selalu mengatakan bahawa aku ini seorang lelaki yang baik.

Terfikir pula aku, kalaulah tiba masanya aku tidak lagi bekerja di tempat sekarang, mungkin aku juga akan mencari kerja yang tidak memerlukan tenaga otak seperti perempuan India ini. Kerja kat Petrol Station ke atau kerja  kat mini market. Dapat sikit-sikit duit poket sekadar cukup belanja untuk aku dan ibu_suri.. udah le!

Tapi kalau dapat kerja sebagai tok siak masjid lagi best kan...kan... Berkat lagi!

Selasa, 15 Julai 2014

Nur Ramadhan

Bila tinggal berdua sahaja dengan ibu_suri, agak mudah sikit aku nak fikir pasal juadah berbuka mahupun sahur. Malah semakin jauh kami memasuki Ramadhan semakin simple juadah kami. 

Semalam makan sahur dengan telur mata kerbau 3/4 masak dengan kicap sahaja. Tadi berbuka dengan kuih dan martabak. Sanbil berbuka sambil menonton drama Berlima Di Ramadhan. Drama yang menyentuh perasaan...

Betul kata JH, Martabak Ceruk To Kun kat Bazar Ramadhan depan taman rumah aku ni cukup sedap. Isinya halus dan cukup rasa. Kalau tengok dari bentuk gigi, aku agak, 3 anak muda yang berniaga ini adalah adik beradik. Bila ibu_suri tanya pasal apa martabak mereka dinamakan Martabak Ceruk Tok Kun, aku pun tak tahu.

Boleh dikatakan saban masa ibu_suri akan bertanyakan Akhmal. Aku pun tak tahu apa status Akhmal sekarang ini di IPD Perda. Beberapa kawannya menghantar mesej bertanyakan Akhmal kepada aku tapi aku tak jawap lansung mesej mereka. Apa aku nak jawapkan?

Hari ini, adik aku Darul menimang cahaya mata yang ke 6. Muga Allah murahkan rezeki adikku dengan kelahiran yang ini. Aku cadangkan nama Nur Ramadhan. Ntah dia berkenan, ntah tidak...

Tetiba pula aku teringat kepada Dr Said Ramadhan Al Buti. Kitab tulisannya selalu menjadi teks usrah aku dulu hingga sekarang!

Isnin, 14 Julai 2014

Lengang

Akhmal masih belum balik. Di tahan di lokap IPD Perda. Selalunya, ditahan reman hingga mendapat tarikh perbicaraan dari mahkamah.

Terasa lengang berbuka puasa  dan sahur hari ini. Berbuka dan sahur Akhmal ditanggung oleh IPD, mungkin!

Sesekali fikir, agaknya... apakah hikmah dari Allah atas ujian ini? Adakah Dia mahu aku berihat seketika dengan cukup menjaga ibu_suri sahaja untuk beberapa hari ini.

Kekadang timbul rasa bersalah kerana aku gagal memegang amanah untuk menjaga Akhmal ke arah menjadi insan yang baik. 

Justeru itu, aku malu untuk bertemu dengan mak Akhmal yang pernah satu ketika menghantar mesej kepada aku untuk bertemu anaknya. Apa yang akan aku jelaskan kepada dia tentang Akhmal? Tiada perkataan...

Ahad, 13 Julai 2014

Tak Habis Habis!

Sakit gusi dah banyak kurang. Tak pasti samada sebab pil antibiotik yang aku makan atau disiplin aku menggosok gigi selepas sahur dan sebelum tidur. Masih terngiang kata-kata doktor Klinik Ameen.... Awak tidak menjaga gigi dengan baik. Arghhh... aku tak mahu rompong.

Tiba-tiba terfikir pula, sibuknya aku menjaga gigi tapi amal ibadat? Aku lebih banyak solat Terawih di rumah sedangkan orang lain berbondong-bondong ke masjid. Alasan aku agaknya teramat rapuh.

Jumaat, aku balik kampung tengok mak. Semalam aku pi kerja untuk sudahkan sisa-sisa kerja yang terbengkalai menjelang odit Isnin nanti. Odit ni pun satu la... Time puasa dan nak Raya  ni la pun depa nak buat kerja. Aku tengok senarai oditi, 90% adalah Melayu.

Walaupun jam dah pukul 3 pagi, aku tak boleh tidur. Sedang charge bateri handphone. Tengah tunggu berita Akhmal yang ditahan di IPD Perda baru sekejap tadi.

Ntahlah si Akhmal ni. Tak habis-habis dengan kes polis. Aku dah naik mangli. Nasib baik Angah ada. Dialah yang aku suruh berdepan dengan polis tadi. Aku dah cemus dengan hal-hal macam ni. Polis ni pun... satu juga. Aku tempuh banyak pengalaman dengan depa ni!

Siang sat gi pun aku ingat nak pi kerja juga. Nak perabis kerja yang ada sikit lagi. Tapi bila dah jadi hal cengini, tak tahulah nanti.

Tayar Viva aku tercuck skru pula. Tak berani nak cabut, takut tayar kempes. Aku biarkan begitu hingga siang. Nanti akan aku hantar ke bengkel. Aku pinjam kereta Angah dulu. Manalah tahu, kut kut kena lari pula ke IPD sat lagi.

Aduhai.... agaknya, kehidupan aku ini tidak berkat!

Sabtu, 12 Julai 2014

Berbuka Dengan Mak

Baru balik dari Ipoh ziarah mak. Rupanya mak memang teringatkan aku sejak dari pagi.

Aku pun memang tak rancang sangat nak balik kampung. Aku hantar ibu_suri ke klinik Kubang Semang dulu untuk rawatan hipertensi dan diabetis. Kena pulak periksa jantung, mata dan kencing. Kesana kemari buat ibu_suri sakit lutut. Sabar saja aku melayan kerenahnya.

Di rumah mak, tak banyak yang aku boleh perbuat melainkan kemas bilik mak dan dapur. Ambil kesempatan ke masjid untuk solat Asar dan seterusnya ambil kanji. Kanji kampungku memang agak lain sikit rasanya dari dulu. tapi yang istimewanya disamping ramuan biasa, kacang tanah tetap ada di dalamnya. Dan paling menarik, yang memasak kanji rata-ratanya anak remaja. 2 kawah besar mereka boleh masak dalam masa 2 jam.

Foto lama ihsan dari blog Seri Kepayang

Selepas ambil kanji aku ke Bazar Ramadhan di hadapan Stadium Perak. Terkejut juga aku bila bertanyakan kuih 4 biji berharga RM1.60 tetapi saiznya kecil-kecil. Tapi sempoinya, mereka bungkus siap-siap dalam satu pek. 

Aku percaya, mungkin gerai lain ada yang menjual dengan harga lebih murah. Dan jangkaan memang tidak meleset. Masih ada penjual yang menjual dengan harga RM2 untuk 5 biji dengan saiz yang agak besar. Rupanya, kita kena sabar mencari dan bijak memilih.

Berbuka puasa, memang aku tak hadap selain kanji. Tambahan pula dengan keadaan gusi yang masih berdenyut, aku hanya memakan makanan yang lembut.

Aku tahu mak sebenarnya mengharapkan aku tidur untuk semalam supaya dapat sahur bersama akan tetapi keperluan ibu_suri yang tidak betah berada di rumah selain rumah sendiri buat aku terpaksa balik ke Penang hari itu juga.

Samada mak faham akan masaalah aku atau memang mak tidak tahu, aku cuma diam. Yang penting bagi aku, aku dah berjaya menunaikan hasratku untuk berbuka bersama mak walaupun hanya sekali dalam sebulan.

Jumaat, 11 Julai 2014

Cuai

Kerana tak tahan dengan ketidakselesaan mulut, aku bergegas ke Klinik Dr Ameen, Seberang Jaya seusai berbuka. 

"Gusi awak ni bengkak teruk!" ujar doktor, seorang yang masih muda. Hatiku tertanya juga, mana Dr Ameen?

Dan lagi, membebel juga doktor itu mengatakan bahawa aku cuai menjaga kesihatan gigi. Agaknya bila dia melihat banyak gigi geraham aku yang dah tiada.

"Saya bagi awak makan antibiotik ini untuk 3 hari dan ubat sapu untuk gusi."

Pertama kali aku dengar ada ubat sapu untuk gusi. Manakan sama dengan ubat sapu di tangan atau kaki?

Terkesan juga di hati akan leteran doktor dan komen dari rakan blogger terhadap catatan aku semalam di sini. Aku singgah di kedai Jimat untuk beli berus gigi baru yang lembut dan mencari ubat gigi yang sesuai dengan masaalah gusi aku ini. Terjumpa jenama Pepsodent yang mengandungi ramuan sirih, limau dan garam. Balik rumah baru perasan, Pepsodent itu tidak ada tanda halal JAKIM melainkan tanda halal sendiri... agaknya!

Keluar dari Jimat, aku ternampak kedai jahit maknya yang selalu aku hantar baju ibu_suri untuk diubahsuai. Aku perasan maknya itu tidak perlu memakai kacamata bila menjahit baju pelanggannya.

Maknya itu tentunya lebih tua dari aku yang sedang menaip catatan ini dengan kacamata. Orang Cina generasi tua memang aku perasan cukup panjang umur mereka dan masih kuat bekerja...

Khamis, 10 Julai 2014

Gusi Oh Gusi

Beberapa hari ini aku mengalami sakit gusi. Memang kerap begitu. Mak dulu pernah kata, keluarga kita memang mempunyai gusi yang tak kuat.

Susah nak makan benda keras. Jadi, selalunya bila berbuka atau sahur, aku memilih makan makanan yang lembut. Kuunyah sekali dua dah telan.

Itu baru nikmat kunyahan yang Allah tarik sebentar cuma. Rasa tak selesa dan tak dapat menikmati keenakan makanan.

Malas nak pergi ke klinik gigi untuk ambil ubat. Tahulah kan... bukan sikit duit nanti depa charge. Lagipun, bukan puasa gini tak terhambat untuk ke klinik yang selalunya tutup jam 9 malam.

Aku masih ingat doktor ada pesan untuk selalu berkumur dengan air garam. Tak tahu pula kenapa dengan air garam... bukan air gula atau air asam..he..he..

Aku ada beli Listerine tapi beli saja.. gunanya tidak. Itulah satunya tabiat aku ni. bab nak jaga kesihatan ni kurang konsisten!

Selasa, 8 Julai 2014

Tidur Dalam Miskin

Akhirnya, kereta Wira aku telah pun Angah jual kepada kawannya dengan harga RM6500. Plat no PEY 164 itu memang aku sayang dan hampir kesemua kawan-kawan aku tahu plat no itu. Tapi kenyataannya Wira itu perlu dilepaskan jika tidak mahu menanggung beban berganda. Cukuplah dengan Viva yang ada.

Kancil aku itupun bila tiba masanya akan aku jual juga. Memadailah dengan satu kereta. Sederhana sahaja.

Aku harap bila cecah umur 55 nanti aku dapat selesaikan 90% dari hutang piutang yang ada. Cuma kalau tinggal pun Viva aku ini saja. Inipun insyaAllah, akan aku pulun supaya cepat habis.

Benarlah kata bahawa hidup ini kalau berhutang sebenarnya kita tidur dalam kemiskinan.

Sepatutnya esok ibu_suri ada temujanji dengan doktor di Klinik Kubang Semang tapi aku terpaksa tangguh ke hari Jumaat. Tak gamak nak ambil cuti. Terlalu banyak kerja terbengkalai di ofis. Semuanya aku kena siapkan menjelang odit dalaman Isnin depan. Rasa nak demam saja aku dibuatnya sepanjang hari. Kalau tak kerana tangggungjawap terhadap anak dan ibu_suri, lama dah aku letak jawatan. Letih aku dengan serba mak nenek odit ni!

Jumaat ini cuti ganti hari Sabtu. Aku cadang nak balik Ipoh berbuka dengan mak. Hari sabtu pula aku akan pergi ke tempat kerja, sudahkan mana yang patut. Hari Ahad akan berbuka dengan mertua.

Berbual dengan JH semasa sesama balik kerja tadi buatkan aku teringat dengan rakan-rakan seperjuangan yang dah lama aku tidak berjumpa.

Oh Ya.. teringat juga janji aku untuk beri sumbangan kepada Hidayah Centre masih belum ditunai...

Ahad, 6 Julai 2014

Redhalah

Sebenarnya perasaan aku bercampur-campur. Resah, kosong dan sunyi...

Semalam aku seharian di tempat kerja kerana menyudahkan banyak perkara yang terpaksa aku buat akibat mendapat banyak CAR semasa IQA odit bulan 5 lepas. QA grup akan odit aku sekali lagi pada 14hb ini.

Aku juga lemas dengan keadaan rumah aku yang semak dan tak terurus. Tak mampu rasanya untuk aku selenggara dari hujung dapur ke hujung laman seorang aku. Kerja yang tak pernah habis, berulang-ulang setiap minggu walaupun yang tinggal di rumah ini cuma aku, ibu_suri dan Akhmal sahaja.

Ditambah dengan fizikal aku yang agak kurang cergas menambah perlahan di setiap tindakan.

Di masa yang sama aku memikirkan tentang masa depan Akhmal yang berbalam sedangkan dia sendiri aku tengok seperti lansung tidak kisah sebaliknya hanya happy dengan kawan-kawannya. Apa yang perlu aku buat, aku pun tak tahu. Buntu.

Bulan ini aku belum lagi ziarah mak. Patutnya pergi minggu lepas tapi disebabkan aku demam, aku tak dapat nak pergi. 2~3 hari ini aku asyik teringat mak. Aku tahu, mak tentu rindu mahu melihat wajah anak-anaknya di Ramadhan ini terutama aku selaku anak yang paling sulong. Yang paling awal bergelumang dengan susahpayah hidup bersama dia dulu.  Samalah seperti aku yang kalau boleh mahu melihat anak-anakku semua ada di rumah di masa ini.

Satu perkara yang selalu aku tertanya-tanya dalam diri. Yang aku tahu tak sepatutnya aku bertanya kerana ia adalah ujian dari Allah kepada hambaNya. Yang sepatutnya aku ikat dengan keikhlasan dan sabar. Muga akan ada ganjaran pahala dari Allah. Yang aku tahu aku sebenarnya bertuah kerana Allah berikan aku peluang untuk mendapat Syurga jika berjaya menjaga amanah Allah ini...

'Sampai bilalah aku akan menjaga ibu_suri dalam keadaan seperti ini. Letih kerana saban saat aku terpaksa melayani kerenahnya walau dalam sakit, dalam resah dan dalam susah. Aku perlu bangun memandikannya, mengelap badannya, mencarikannya baju yang sesuai pada hari itu, memikirkan apa yang dia perlu makan, bawanya berjalan-jalan walau hingga jauh malam, selalu berikan senyuman, mencium pipinya sebelum tidur, memujuk dengan kata-kata yang baik bila dia dalam kerisauan dan ntah berbagai perkara lagi yang tak ingat untuk aku catatkan...'

Tuhan... pemergian Biduanita Negara kelmarin dan menonto klip video beliau bersama Prof Dr Muhaya di FB tadi buat aku semakin merasakan betapa kerdilnya diri ini dan betapa aku perlu redha atas apa yang ditentukan oleh Mu ke atasku...

Kekadang nak tersenyum juga bila kawan aku semalam tatkala bercerita tentang permasalahan hidup kami memanggil aku dengan gelaran sura-rumah...

Apa-apapun, layan nasyid ini yang aku amat suka dengar rentaknya yang santai...

Khamis, 3 Julai 2014

Putaran Dunia

Hari ini dah 5 hari Ramadhan. Aku perasan, Ramadhan kali ini aku cepat rasa mengantuk selepas berbuka. Nak kata makan banyak, sekadar satu pinggan nasi.

Tadi aku cuba makan kulih saja. Sedikit nasi lebihan dari yang dimakan oleh ibu_suri, Rasa ok.

Mungkin agaknya faktor usia mengubah kondisi kecergasan badanku. Sejak menjengah usia 55 ini terasa benar aku tak sekuat dulu. Cepat letih walau dengan sedikit aktiviti dan bila demam lambat kebahnya.

Lepas sahur semalam aku mengalami kesukaran buang air besar. Agaknya, sebab kurang minum air. Mungkin juga sebab  ****** yang aku biarkan sejak dari remaja dulu. Aku nekad untuk rujuk ke hospital lepas selesai semua odit dan hal-hal kebajikan ibu_suri nanti.

Aku bercita-cita sebelum aku bersara dari kerja nanti aku akan ambil kesempatan untuk merawat semua jenis sakit yang ada di dalam badanku ini. Kalau dah bersara baru nak ke hospital, alamat duit poket sendiri akan keluar!

Apapun, aku percaya ini semua adalah ketetapan yang mesti dilalui oleh setiap manusia yang mengikuti putaran dunia.