Sabtu, 29 November 2014

Habis Juga


Hari ini aku tak buat apa sangat. Lepas riadah kat Kompleks MPSP, aku bersihkan laman rumah. Rutin ini aku buat 2 hari sekali. Buang batu-batu dalam longkang besar. 

Juga buang sampah di satu sudut simpang tak jauh dari rumah. Ada pula si polan yang senang-senang buang plastik, bekas minuman dan sisa makanan kat situ. Sepatutnya dia faham sendirilah, sampah gitu buanglah dalam plastik dan letak di belakang rumah supaya nanti dikutip oleh lori MPSP.

Selesai itu semua aku ke dapur pula, satu-satunya unit dalam rumah yang tak pernah habis kerja yang kena dibuat. Tak masak sebab dah makan kat kedai tepi Masjid Kubang Semang tadi. Cuma basuh baju, refill botol sabun kain, sabun pinggan dan sabun tangan yang dah kosong. Catit dalam note hanphone, apa-apa yang dah habis dan perlu beli.

Angah tiba-tiba tersembul dari muka pintu. Tak kerja agaknya, hari ini.

"Ayah, tak ada plan nak cari kerja ke?"

"Hmmm... Tahun depanlah agaknya. Tak boleh pun rileks macam ni sebab badan masih sihat untuk kerja. Duit ni tinggi mana pun kalau dicangkul, habis juga. Tak boleh harap anak-anak ayah nak bantu ayah. Ayah kena cari rezeki sendirilah nampaknya selagi boleh."

Aku segera teringat abah. Dia terus bekerja hingga akhir hayatnya walaupun masa itu umurnya 75 tahun.

6 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

Salams uncle im, saya juga selalu berfikiran begitu....kiranya saya tua kelak...

Nor Azimah Ali berkata...

Samala dengan kami suami/isteri, sampai satu peringkat jika salah seorang diantara kami pegi dulu, mungkin nak ddk di rumah org tua-tua....

Kamsiah yusoff berkata...

dah lama saya tak ke taman guar perahu...

Kakcik Seroja berkata...

Sesekali timbul juga di fikiran kakcik untuk 'cari kerja' semula...

Tapi fikir2 balik, dah elok2 kerja kemudian berhenti, takkan nak masuk pejabat lagi...

Tanpa Nama berkata...

Pendapat sy.. kalau isteri, elok terus 'bersara' saja; kalau suami.. boleh jugak kalau nak kembali bekerja.

sud@is berkata...

setuju dengan IM, tinggi mana pun bukit akan cepat rata kalau asyik dok cangkoiii....apa pun buat kadar mampu...