Ahad, 25 Januari 2015

Lim Jooi Soon


Aku memaksa diri aku untuk hadir di kuliah Maghrib seperti di atas. Nama LSJ memang aku tahu lama melalui fb PEJUANG AL KAHFI. Peluang terbaik ini aku tak mahu lepaskan untuk dengar terus melalui telinga sendiri. Aku tinggalkan ibu_suri berserta ngomelannya  di rumah dengan Angah.

Boleh tahan juga penyampaian beliau. Amat berterus terang, yakin dan petah. Tak perlu pakai songkok atau berjubah untuk bagi kuliah.

"Tak perlu tukar nama untuk jadi orang Islam," ujarnya.

'Pedas'nya isi penyampaian beliau masih terasa hingga kini. Malu rasanya. Malu dengan Islamku sekadar baka sedangkan Islamnya melalui ilmu.

Barulah aku tahu bahawa maksud LIM itu adalah keturunan, JOOI itu generasi yang ke 27 dan SOON itu ialah kejayaan. Sempoi... kan?

Janganlah lepas peluang jika beliau ada dijemput ke lokasi kalian. Meneguk ilmu dan inspirasi dari orang hebat seperti beliau tidak rugi.

Saya sedang mengintai seorang lagi yang hebat - Firdaus Wong Wai Hung.

2 ulasan:

JR berkata...

Kalau orang yg menganut Islam kerana ilmu berbahas dengan orang yang menjadi Islam kerana baka pastilah mereka yang berilmu itu akan menang. Mereka menjadi Islam kerana akal sedangkan kita jadi Islam kerana tok nenek kita Islam, jauh bezanya...

insan marhaen berkata...

tapi ada juga muallaf yang hanyut di arus permasaalahan...