Khamis, 26 November 2015

Kelu


Beberapa hari ini aku berasa sakit sendi dan pelipat kaki yang teramat ketika sujud dan duduk antara dua sujud dalam sembahyang. Hingga pernah satu ketika aku ambil keputusan untuk menggunakan kerusi.

Semalam, aku terasa sakit di tapak tangan bila mahu mengampu badan untuk bangun dari sujud. Semakin terasa anggotaku ini mulai 'uzur'.

Teringat aku akan lagu Rabbani tentang 5 perkara sebelum datang 5. Sesekali menyelinap rasa kesal kerana mempersia-siakan usia muda. Sesekali terasa begitu pantas masa berlalu...

Pun, aku sebenarnya masih sangat beruntung berbanding besanku yang beberapa hari lalu menjalani operation potong kedua belah kaki dan tangan kanan akibat diabetes yang melampau.

Aku tak sanggup nak berlama di sisi katil beliau semalam. Wad ICU di Hospital Seberang Jaya yang menempatkan juga 3 pesakit lain itu benar-benar meruntun hati kecil. Aku menjadi semakin gayat bila melhatkan perkakasan yang berselirat dengan wayar dan tiub oksijen yang ditebuk masuk melalui tengkoknya untuk laluan ke paru-paru.

Tambah menyayukan hatiku bila terpandang wajahnya yang digenang airmata sambil bola mata bergerak memerhatiku dengan tatapan yang kosong. Tiada perkataan yang terucap... Kelu...

Entahlah... Allah maha mengetahui segalanya...

11 ulasan:

iryantyismail berkata...

moga im diberi kesihatan yang baik2...amin..sakit itu penghapus dosa kecil.

Etuza berkata...

Asalam IM..tabahkan hati ya, sesungguhnya sebagai manusia kita banyak diuji. Bersanar dan jaga makan minum..usah banyak fikir ..zikir kepadaNya. Semoga cepat sembuh..

Kakcik Seroja berkata...

AllahhuAkbar...

melihat penderitaan orang lain yang lebih teruk, terasa betapa bersyukurnya diri diuji dengan ujian yang sangat kecil...

saniahibrahim berkata...

Samalah kita semakin dah berusia beransur2 sakit hinggap di tuboh .,namun tetap rasa ber tuah dibandingkan insan2 sebaya yg lebih menderita.

AtieYusof berkata...

moga kita terus diberikan kesihatan yag baik2..
agar dpt menjalankan ibadah jg dgn baik..simpati pada besan IM.. moga cepat sembuh..

ANIM berkata...

betul IM..
dengan memandang ke bawah dn lihat pada penderitaan dan kesusahan oranglain, kita akan rasa betapa beruntungnya kita..
jangan rasa terlewat kerana Allah masih beri kita nyawa..
saya pun byk menyia-nyiakan masa muda saya...

aizamia3 berkata...

Moga IM dan keluarga kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian hendakNYA..
Hidup ibarat roda.. bila tiba masanya, pasti kita akan laluinya..

Kakzakie Purvit berkata...

Sungguh begitulah lumrahnya sebuah kehidupan IM
Itu yg sudah beransur dimakan usia. Yg muda pun tak kurang IM
Sebab itu sering dinasihat jaga makan. Tapi kita ni selalu lupa (kakaklah ni). Ikut sedap aje.. Dlm soal beribadat asyik kata tunggu nanti tua. Takut tak sempat dan terasa rugi dgn masa yg ditinggal.

Sudah tiba masa IM kena kurangkan makan gula dan garam.

Etuza berkata...

Asalam IM..apa khabar hari jumaat hari ini. Semoga ceria ya....

Kamsiah yusoff berkata...

begitulah lumrah..bila jasad semakin dipanjat usia..kudrat makin berkurangan..sedikit demi sedkit nikmat ditarik kembali..

Nor Azimah Ali berkata...

Ya, bila semakin menuju tua, sakit, uzur sana sini itu fitrah...menuju kematian, Alhamdulillah kiranya itu sbg satu peringatan kira masih beruntung, kalo yg tiba2 dipanggil pulang tanpa sbrg tanda dan peringatan tambah lagi dgn tiada persediaan...