Selasa, 22 Mac 2016

Matahari Sejengkal

Sunyi dan susah juga kehidupan tanpa smart phone, rupanya. 

Tak dapat nak ambil gambar barangan untuk promo jualan di media sosial. Isteri mengeluh kerana tak boleh nak tengok gambar dan klip video cucu bila tak boleh picing mata waktu malam. Atau mendengar Bolly-Bolly bila Sabtu malam. Juga mengemaskini jadual lawatan klinik isteri, abah dan anak3 di kalendar talipon.

Tadi, kawan senasyid aku dulu menalipon minta masukkan nama salah seorang ahli. Baru aku perasan, aku juga adalah pengurus kepada beberapa grup whatsapp.

"Patutlah hang senyap jer...." 

Aku teringat semasa berusrah di Sungai Ara dulu. Naqib sering berpesan supaya kita mendidik diri dan keluarga kepada kesusahan, sekali sekala supaya kita tidak kekok bila ditakdirkan suatu hari nanti kita akan benar-benar hidup susah. Bukan mustahil apa yang berlaku di Bosnia (tazkirah semasa) akan berlaku di Malaysia.

Sekarang ini, kalau bersembahyang di masjid, aku akan cuba dapatkan ruang dalam yang berpenghawadingin. Kalau sembahyang di serambi masjid, terasa pijar.

Sedangkan di Padang Mahsyar, panasnya seolah-olah matahari sejengkal sahaja di atas kepala. Tak boleh bayangkan!

7 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Ziarah sini

Nor Azimah Ali berkata...

Ziarah sini

Omong Mak Long..... berkata...

Ramai mengeluh cuaca panas di tanahair. Ujian Allah...
Di tempat kami bila musim panas akan mencecah dari 105 degree feranheit ke atas. Air yang mengalir di sungai pun biasa kering.

hrusli61 berkata...

Di tempat kerja aku tadi di surau nak ambil wudhuk terasa macam guna water heater.

makchaq berkata...

Di Putrajaya ni ada hari panas sangat...2, 3 hari tak hujan. Tapi ada hari mendung & hujan.. tapi masa mendung pun bahang terasa.

La ni memang rasa susah bila x daktelefon yang boleh whatsapp.. boss bagi arahan pun dah guna WA.. tak dak dah telefon2 ke email2..

iryantyismail berkata...

betul tu im....tel pintar sangat dah jadi satu keperluan bukan lagi.kehendak

kakrose berkata...

smart fon dh jadi satu keperluan. sebagai best fren kita..