Rabu, 3 Ogos 2016

M Nasir - Phoenix Bangkit


Amat gembira bila mendapat cd M Nasir - Phoenix Bangkit, semalam. Album ini aku kira adalah antara yang terbaik selain Canggung Medonan.

Lebih osem lagi, cd ini adalah yang dikatakan sebagai first press (cetakan pertama) yang tentunya amat rare (susah ditemui) di pasaran dan menjadi rebutan pecinta lagu.

Dikeluarkan pada 2001, album ke 6 ini pada aku mempunyai senarai lagu yang sedap didengar selain kerana muziknya yang sarat dengan irama Melayu dan Timur Tengah; mempunyai rangkap lirik yang berfalsafah tinggi, punyai isi yang memerlukan kekuatan fikiran dan ilmu untuk memahaminya serta penggunaan alatmuzik asal (bukan elektronik).

Senarai lagu:

01 Raikan Cinta             (M Nasir/M Nasir)
02 Sahabat Gua            (M Nasir/M Nasir)
03 Masirah                   (M Nasir/S Amin Shahab)
04 Phoenix Bangkit        (M Nasir/M Nasir)
05 Bila Rumi Menari       (M Nasir/M Nasir)
06 Dah Lagu Tu!            (M Nasir/M Nasir)
07 Melawan Arus           (M Nasir/M Nasir)
08 Langgam Pak Dogo    (M Nasir/Loloq)
09 Oh!.. Anak               (M Nasir/Loloq)
10 Hijab Kasih               (M Nasir/Sebt)

Aku tak retilah nak kupas lebih-lebih. Baca ajelah ulasan oleh wartawan Ku Seman Ku Hussain pasal album ini di sini.

3 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

IM ni sentimental betul masih simpan lagi
Tapi M Nasir memang hebat siapa tak kenal.

Omong Mak Long..... berkata...

Mak Long juga pengemar lagu-lagu M Nasir. Balik nanti harap-harap dapat beli cd nye.

Murni Alysa berkata...

saya juga minat dengan M nasir ni..hehehe