Khamis, 17 November 2016

Ideologi


Tatkala terpandang gambar itu, rindu pada kampung melonjak di dada. Berasa seperti mahu balik segara ke sana.

Namun tanggungjawap yang sedia ada membataskan segalanya.

Ntahlah... bila sudah tidak sibuk seperti dulu, aku jadi semakin tepu. Terlalu kerapa memikir masa lalu. Rasa syukur dan kesal silih menyinggah.

Nak balik kampung hujung minggu ini juga aku dapat rasakan akan sedikit payah.

Himpunan yang bakal diadakan di KL nanti tentu saja akan ditayangkan di tv. Mak tentu saja akan membuat komen negatif. Kesan dari itu, ibu_suri pula akan beri respon negatif terhadap mak.

Yang akan 'mati' di tengah tengah adalah aku.

Memang sukar nak melayani dua insan penting yang berlainan ideologi dalam kehidupanku ini sekaligus lebih lebih lagi bila keduanya adalah pengidap stroke yang memberi kesan kurang stabil kepada dayafikir dan emosi.

Satu cabaran yang cukup hebat bagi sesiapa yang terpaksa memikul tanggungjawap menjaga mereka.

Tak heranlah ramai di antara mereka yang pernah aku jumpa menyatakan ketidaksanggupan menjaga. Ada yang lari dari tanggungjawap. Kalau ada yang menjaga... tidak keterlaluan jika aku katakan, dianya hampir kepada menjadi anak derhaka.

Kekadang fikir, tak boleh nak salah dia kerana bukan seberat mata memandang...

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ujian buat kita tang bergelar anak...

Nasib kita nanti entah bagaimana pula bila anak2 dipikulkan dengan tanggungjawab yang seakan sama...

Warisan Petani berkata...

Masih menjadi tanggungjawab kita selagi hayat mereka ada.

Kamsiah yusoff berkata...

saya jgak jd pilu dan sebak bila terringat rumah pusaka tinggalan arwah ayah.dh terlepas ketangan sipenyewa gara2 kerakusan ibu tiri

AtieYusof berkata...

dalam dilema juga berada dalam situasi IM kan.. berada di tengah2 diantara insan2 yg tersyg.. moga di permudahkan semuanya.. sayangi mereka seadanya :)